Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen
Auto Terkini

Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize19/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA empat pengeluar motosikal besar di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki diberikan kelulusan membentuk persatuan penyelidikan teknologi dipanggil HySE ((Hydrogen Small mobility & Engine) untuk membangunkan enjin hidrogen mobiliti kecil.

Walaupun ramai mempertaruhkan kuasa elektrik sebagai masa depan mobiliti, tetapi ketika ini  kuasa elektrik masih belum relevan untuk motosikal disebabkan berat motosikal dan jarak tunggangan menggunakan elektrik yang singkat.

Yamaha logo

Menurut kumpulan itu, bagi merealisasikan masyarakat tanpa berkarbon, strategi pelbagai cara untuk menangani pelbagai isu dalam sektor mobiliti adalah perlu, dan bukan menumpukan satu sumber tenaga saja.

Justeru penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mensasarkan pengkomersialan mobiliti menerusi enjin dikuasakan hidrogen yang dianggap sebagai sumber tenaga generasi akan datang semakin mendapat momentum.

Cabaran teknikal dalam menggunakan hidrogen, yang akan ditangani kumpulan HySE baharu, termasuk ‘kelajuan nyalaan pantas dan kawasan pencucuhan besar yang sering menyebabkan pembakaran tidak stabil, serta kapasiti tangki bahan api terhad jika digunakan dalam kenderaan mobiliti kecil,” kata kumpulan itu.

Berikut bidang R&D utama dan peranan setiap syarikat dalam kumpulan berkenaan:

1. Penyelidikan Enjin Berkuasa Hidrogen

  • Penyelidikan mengenai pembangunan berasaskan model enjin hidrogen (Honda)
  • Kajian elemen mengenai fungsional, prestasi dan reliabiliti enjin hidrogen (Suzuki)
  • Penyelidikan langsung menggunakan enjin hidrogen sebenar mengenai fungsi, prestasi dan reliabiliti (Yamaha, dan Kawasaki)

2. Kajian Sistem Pengisian Bahan Api Hidrogen

  • Mengkaji keperluan sistem mengisi bahan api hidrogen dan tangki hidrogen untuk mobiliti kecil (Yamaha)

3. Kajian Sistem Bekalan Bahan Api

  • Mengkaji komponen tambahan yang diperlukan untuk sistem bekalan bahan api dan tangki, serta peralatan dipasang antara tangki bahan api dan injketor (Kawasaki)

Sementara itu, calon Pengerusi HySE dan Pegawai Eksekutif Pusat R&D Teknikal, Yamaha Motor, Kenji Komatsu berkata, ada banyak cabaran dalam pembangunan enjin hidrogen, tetapi beliau berharap dapat melihat kumpulan ini mampu menghadapi cabaran tersebut.

Kami komited dalam usaha ini dengan semangat misi mengekalkan penggunaan enjin pembakaran dalaman, yang melambangkan usaha jangka panjang yang dilaburkan pendahulu kami,” katanya.

Kawasaki pada Mac lalu mendaftar tanda dagang untuk logo dan nama HySE

Selain empat pengeluar motosikal tersebut, Kawasaki Heavy Industries (KHI) dan Toyota Motor Corporation turut menyokong persatuan itu sebagai ahli istimewa.

Sebagai antara penganjur utama ‘Persatuan Penyelidikan Teknologi Rantaian Bekalan Tenaga Hidrogen bebas CO2’, KHI akan memacu aktiviti HySE berdasarkan pengetahuan diperoleh daripada aktiviti untuk HySTRA.

Toyota pula mengambil alih peranan memanfaatkan hasil penyelidikan HySE kepada manfaat maksimum untuk pembangunan enjin hidrogen menggunakan pengetahuan dalam eksperimen, analisis dan merekabentuk unit kuasa bahan api hidrogen besar untuk kenderaan empat roda.

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Sendiri HyPER, Kereta Lumba Hidrogen Pertama Buatan Malaysia!
BACA >>> Toyota Mirai Tiba di Sarawak, Setangki Penuh Hidrogen Boleh Cecah 1,000km

SUMBER: Crash

enjin enjin hidrogen Enjin Kuasa Hidrogen Honda hydrogen Kawasaki Kenji Komatsu Roda4 Suzuki Yamaha
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.