• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Mirai Tiba di Sarawak, Setangki Penuh Hidrogen Boleh Cecah 1,000km

Toyota Mirai Tiba di Sarawak, Setangki Penuh Hidrogen Boleh Cecah 1,000km

January 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Mirai yang berasaskan trenkuasa hidrogen mampu melakukan perjalanan dari Kuching ke Limbang tanpa perlu berhenti untuk membuat isian semula bahan api.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, model kereta baharu itu menandakan evolusi baharu dalam industri automotif yang menjadi sebahagian usaha Kerajaan Sarawak mempromosi penggunaan tenaga hidrogen.

Memetik laporan DayakDaily, beliau berkata;

Hari ini UMW Toyota Motor (UMWT) mempersembah kepada kami sebuah kereta teknologi tinggi yang boleh bergerak sejauh 1,000km dengan satu isian tangki penuh bahan api. Ini menyamai jarak satu perjalanan dari Kuching ke Limbang tanpa membuat apa-apa isian semula.

"Dan jika kita mahu mengisi hidrogen, ia hanya mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 minit untuk satu isian tangki penuh.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sejahtera Asia (@sejahteraasia)

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Toyota Mirai yang diadakan di Menara Pelita di Kuching, hari ini. UMWT menyerahkan empat unit Toyota Mirai kepada SEDC Energy Sdn Bhd (SEDC Energy ) dan seunit kepada Abang Johari.

Toyota Mirai mampu menawarkan jarak perjalanan sedan konvensional dengan keupayaan isian semula bahan api dalam tempoh lima minit, sekali gus memberi impak positif terhadap alam sekitar, dan dilihat sebagai kereta eko paling unggul kerana hanya membebaskan air (melalui ekzos).

UMWT dalam kenyataan berkata, kiriman Toyota Mirai kepada SEDC Energy adalah supaya kedua-dua pihak dapat memanfaatkan peluang melakukan kajian lanjutan. Ia berpotensi membangunkan ekonomi karbon rendah menerusi sistem sel bahan api baharu yang mengutamakan saiz kompak, kecekapan dan produktiviti untuk menyokong keperluan mobiliti masyarakat.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi UMW Holdings Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) - Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi
BACA >>> Trak Pikap Hidrogen Toyota Hilux H2 Bakal Masuk UK Tahun Depan
BACA >>> Kawasaki, Toyota Jalin Kerjasama Bikin Enjin Hidrogen Motosikal

SUMBER: DayakDaily

Artikel Berkaitan

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Toyota Mirai, UMW Toyota, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my