Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»XPENG X9 2025 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM269k
Roda4

XPENG X9 2025 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM269k

SyafieBy Syafie11/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR tunggal jenama XPENG di Malaysia, Bermaz Xpeng Sdn Bhd, dengan bangga mengumumkan pelancaran rasmi model perdana baharu, XPENG X9 Ultra Smart Large 7-kerusi.

Model itu sudah tersedia untuk tempahan pada harga bermula RM269,888.

Dibangunkan berasaskan plstform SEPA 2.0 daripada XPENG yang mendefinisi semula segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan inovasi dalam rekabentuk, kecerdasan, ruang, pengendalian, dan keselamatan.

Gabungan teknologi canggih serba boleh menetapkan standard baru untuk MPV moden masa kini.

Berikut varian dan harga ditawarkan untuk XPENG X9 2025:

  • x9 Standard Range 2WD Pro – RM269,888
  • X9 Long Range 2WD Pro – RM297,888
  • x9 Long Range 2WD Pro Plus – RM299,888

Dari segi warna luaran, ada tiga warna pilihan ditawarkan, Nebula White (putih), Crescent Silver (kelabu), dan Dark Night Black (hitam). Warna dalaman pula ada dua pilihan, iaitu Starry Night Black (hitam) dan Moon Shadow Brown (coklat).

Varian Standard Range 2WD Pro dan Long Range 2WD Pro menggunakan material kulit pada kerusi.  Varian Long Range 2WD Pro Plus pula dilengkapi kerusi Zero Gravity dengan kemasan kulit Nappa penuh.

Berikut perincian dan spesifikasi XPENG X9 2025:

Pengecasan, Prestasi

  • Platform silikon karbida (SiC) 800V untuk pengecasan DC super pantas
  • Varian Standard Range 2WD Pro: Menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 84.5kWj dengan jarak pemanduan hingga 500km. Output kuasa 315hp dan tork 450Nm
  • Varian Long Range: Menggunakan bateri litium-ion NMC 101.5kWj dengan jarak pemanduan hingga 590km dan output kuasa sama
  • Pengecasan pantas (DC) 10 – 80 peratus hanya mengambil masa 20 minit (kapasiti pengecasan DC hingga 317kW)

Luaran

  • Rekabentuk futuristik dengan estetika anggun dan teknologi canggih
  • Fasia depan ‘Robot Face’ dengan lampu siang (DRL) horizontal.
  • Gril kristal berlapis dengan sistem pengatup gril aktif (Active Grill Shutter, AGS) untuk meningkatkan aerodinamik
  • Pilar-A tajam, bumbung apung, dan tingkap sisi luas
  • Cermin belakang gaya coupe 23˚
  • Bar lampu belakang panjang dan berterusan meningkatkan gaya dan tahap kejelasan

Dalaman

  • Kabin mewah dengan bahan premium seperti kayu venir dan corong udara aluminium
  • Konsol tengah serba boleh dengan unit infotainmen skrin sentuh 21.4 inci
  • Lampu ambien boleh kustom dan sistem penulen udara
  • Sistem audio X-Opera dengan 23 pembesar suara untuk efek bunyi seakan dalam konsert.
  • Kerusi ergonomik Zero Gravity lengkap dengan fungsi urut dan sistem penyesuaian barisan ketiga elektrik.
  • Peti sejuk pintar untuk kemudahan perjalanan keluarga
  • Boleh disesuaikan menjadi SUV 4-kerusi ultra luas dengan melipat tempat duduk baris ketiga
  • Kapasiti but 755 liter hingga 2,554 liter

Pengendalian, Suspensi

  • Dilengkapi sistem roda belakang aktif pertama dunia
  • Suspensi udara dwi-kamber untuk pengendalian lebih lancar
  • Radius pusingan 5.4 meter untuk kawalan mudah di ruang parkir sempit
  • Sistem suspensi yang menyesuaikan kekerasan spring mengikut kondisi jalan

Ciri Keselamatan

  • Struktur badan aluminium tempa (die-cast) depan dan belakang untuk keselamatan lebih baik.
  • Sistem keselamatan XPILOT 2.5 dengan pelbagai ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula (Stop & Go).
    • Kawalan Pemusatan Lorong (LCC) dan Jelajah Pusinh Adaptif (ATC).
    • Bantuan Had Laju Pintar (SAS) dan Ubah Lorong Aktif (ALC).
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB).
  • Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Bantuan Parkir Auto dipertingkat (EAP 2.0), Bantuan Keluar Parkir Auto (AEP), dan Straight Summon.

Bagi setiap pembelian XPENG X9 2025, pembeli dipakejkan waranti kenderaan lima tahun atau 120,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu).

Malah, pembeli juga diberikan waranti pek bateri voltan tinggi lapan tahun dengan perbatuan 160,000km.

XPENG X9 2025

 

Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPEV MPV Elektrik Roda4 Xpeng Xpeng X9
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.