Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Sukan Permotoran

Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

PASUKAN Wing Hin Motorsports memulakan musim 2026 cukup cemerlang dengan membawa pulang keseluruhan enam penamat podium termasuk dua kemenangan dalam saingan TSS The Super Series dan Thailand Super Series (TSS).

Pasukan itu tampil kompetitif sepanjang perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram dengan mempertaruhkan lima jentera dan 10 pelumba untuk pusingan pembukaan musim ini.

Toyota GR Supra GT4 EVO2 Buka Kempen dengan Bergaya

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

Dalam kategori GT4, gandingan Mitchell Cheah dan Ryan Wong memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan keputusan memberangsangkan menggunakan jentera Toyota GR Supra GT4 EVO2 bernombor #39.

Mereka berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kedua keseluruhan selain muncul juara kelas Pro-Am.
Wong memulakan perlumbaan berhati-hati sebelum menyerahkan tugas kepada Cheah untuk baki 30 minit terakhir perlumbaan sejam itu.

Cheah kemudian mempamerkan aksi agresif apabila memotong beberapa pesaing dari kedudukan ketujuh sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua keseluruhan.

Perlumbaan 2 Lebih Mencabar Buat Mercedes

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

Cheah yang memulakan Race 2 dari petak utama bagaimanapun berdepan cabaran awal apabila Safety Car dikeluarkan hanya selepas 3 minit perlumbaan.

Situasi itu mengganggu momentum termasuk kelebihan kecil 0.8 saat yang berjaya dibina sebelum itu.
Selepas perlumbaan disambung semula, persaingan lima penjuru merebut pendahulu perlumbaan menyebabkan Cheah tercicir ke tempat keempat.

Kedudukan itu berjaya dipertahankan sehingga pertukaran pelumba dilakukan sebelum Wong menamatkan perlumbaan di tempat kelima keseluruhan.

Super Touring Class Turut Cemerlang

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

Dalam kategori TSS Super Touring pula, Wing Hin Motorsports turut mempamerkan prestasi luar biasa dengan meraih empat lagi podium dalam dua perlumbaan.

Race 1 menyaksikan pasangan Amer Harris dan Nabil Azlan menggunakan Toyota Vios #36 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sementara itu, Toyota Yaris #38 dipandu Dannies Ng dan Jwan Hii pula berjaya meraih podium ketiga selepas aksi sengit sepanjang perlumbaan.

Sebuah lagi Toyota Vios #9 dipandu Nick Teo dan Ian Wong turut menamatkan saingan di tempat keempat.

Pertarungan Sengit dalam Race 2

Thailand Super Series (TSS) logo

Race 2 pada Ahad menjadi lebih dramatik apabila Amer Harris yang bermula dari petak utama berjaya mempertahankan kedudukan pendahulu dalam perlumbaan sejam.

Selepas pertukaran pelumba pada minit ke-30, Nabil Azlan menyambung tugas sambil mempertahankan kelebihan tipis di depan pesaing.

Namun dengan baki 10 minit perlumbaan, Nabil dipintas pelumba Thailand, P Pasarit yang memandu Honda CR-Z.

Nabil kemudian kembali memberi tekanan sebelum berjaya memotong semula Pasarit pada pusingan kedua terakhir.

Insiden Akhir Ubah Keputusan Perlumbaan

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

Cubaan Pasarit merampas semula kedudukan pendahulu menyebabkan berlaku sentuhan kecil antara kedua-dua jentera.

Insiden itu menyebabkan tayar depan kanan jentera Pasarit pancit sekali gus membuka peluang kepada Toyota Yaris #38 dipandu Ng dan Hii untuk naik ke kedudukan kedua.

Selepas siasatan perlumbaan dilakukan, Hii akhirnya diumumkan sebagai pemenang Race2. Pada  masa sama, Nabil dikenakan penalti 5 saat yang menjatuhkan beliau ke tempat ketiga.

Permulaan Positif Buat Wing Hin Motorsports

Pasukan turut menyaksikan jentera Toyota Yaris #39 dipandu Varunchit Wattanathanakun bersama pelumba wanita Thailand, Mekkaradkeeta Kalantananda menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Nick Teo dan Ian Wong pula melengkapkan hujung minggu dengan penamat di kedudukan kesembilan.

Amer menyifatkan keputusan keseluruhan pasukan sebagai permulaan cukup positif musim ini. Menurutnya, pasukan sudah bekerja keras memastikan jentera berada pada tahap kompetitif selain optimis mampu memberi cabaran lebih besar pada pusingan seterusnya.

Pusingan kedua TSS The Super Series dan TSS selepas ini akan berlangsung di Grand Prix (GP) Bangsaen, Chonburi pada 1 hingga 5 Julai nanti.

Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
Buriram Litar Antarabangsa Chang sukan permotoran thailand super series Thailand Super Series (TSS) 2026 Toyota GR Supra GT4 Evo2 Toyota Yaris TSS 2026 TSS The Super Series Wing Hin Motorsports
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    F1 GP Britain 2026
    Formula Satu

    #F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.