Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf GTI Edition 50 2024 Sudah Tiba, Harga RM267k!
Roda4

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2024 Sudah Tiba, Harga RM267k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan model eksklusif Volkswagen Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga RM267,990 seunit.

Harga itu termasuk pakej waranti Volkswagen Assurance Package (VAP) yang dilengkapi penyelenggaraan, waranti tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan 5 tahun.

Berikut perincian Volkswagen Golf GTI Edition 50:

  • Dilancarkan sebagai sempena sambutan ulang tahun Volkswagen Golf yang ke-50.
  • Dilengkapi aksesori seperti kit badan Oettinger, rim baharu, cermin sisi hitam, lencana eksklusif Edition 50 dan kemasan sisi sporty dengan dekal honeycomb signatur model GTI.
  • Ada hiasan Edition 50 Volkswagen dan lencana 50 pada pilar-B sebagai simbol edisi khas.
  • Hadir daam dua warna pilihan: Oryx White (putih) dan Moonstone Grey (kelabu).
  • Kit badan Oettinger terdiri daripada spoiler depan dan belakang hitam serta difuser udara.
  • Rim aloi ringan Pretoria 18 inci hitam kilat dengan penutup hab roda GTI Dynamic dan penutup injap aluminium Volkswagen Design.
  • Ruang kabin GTI Edition 50 seperti lencana 50 pada tengah stereng multifungsi GTI, plat sisi aluminium Edition 50 dan karpet depan Edition 50.
  • Dijana enjin turbo 2.0TSI dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah berkuasa 241hp dan tork 370Nm.
  • Sistem bunyi premium Harman Kardon 480W dengan 10 unit pembesar suara.
  • Sistem infotainmen Discovery Media 10 inci dengan konektiviti wayarles Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev berkata;

GTI edisi khas ini menjadi bukti kejayaan ketika kami meraikan ulang tahun Golf yang ke-50. GTI sememangnya sebuah model luar biasa.

“Justeru naik taraf pada Edition 50 pastinya memberi sentuhan unik yang membuatkan ia model collectible. Kami percaya Edition 50 akan menarik perhatian peminat GTI yang mahukan sesuatu lebih istimewa.”

CIRI KESELAMATAN

Aspek keselamatan disokong teknologi IQ.DRIVE Volkswagen selain Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Bantuan Travel (Travel Assist) dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi, Bantuan Depan, Bantuan Lorong dan paparan dongak (HUD).

Volkswagen GTI Edition 50 akan dipamerkan pada acara Golf Fan Fest pada 24 Ogos ini di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang dan juga boleh dilihat di rangkaian pengedar Volkswagen bermula 17 Ogos ini.

Denyu Bostandzhiev Golf Fan Fest 2024 Roda4 Volkswagen Assurance Package Volkswagen Golf GTI Edition 50 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.