Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MAS2025: Vespa Sprint Tech 2025 dengan Rekabentuk Ikonik dan Teknologi Terkini, Harga RM22.9k
Roda2

#MAS2025: Vespa Sprint Tech 2025 dengan Rekabentuk Ikonik dan Teknologi Terkini, Harga RM22.9k

Han OthmanBy Han Othman09/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIDI Group
bersama Vespa kembali menggegarkan pasaran dua roda tempatan menerusi pelancaran model terbaharu, Vespa Sprint Tech 2025 sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) yang bermula 8-15 Mei ini.

Apa menarik mengenai Vespa Sprint Tech 2025?

Rekabentuk Kontemporari dengan Sentuhan Teknologi

Vespa Sprint Tech 2025 menampilkan semangat moden dan unik dengan padanan warna baharu seperti black (hitam), warm grey (kelabu) and fluo-green (hijau fluo). Lampu sisi baharu pada panel fairing depan menyerlahkan penampilan skuter, terutama apabila fungsi Bike Finder atau enjin dihidupkan.

Panel Meter TFT Baharu, Lebih Pintar dan Interaktif

Paparan panel meter warna penuh TFT 5 inci kini hadir dengan mod siang dan malam serta fungsi tambahan. Sambungan melalui Vespa MIA dan aplikasi Vespa membolehkan penunggang mengakses pelbagai maklumat seperti:

  • Notifikasi panggilan dan mesej
  • Kawalan muzik
  • Navigasi GPS belok-ke-belok (turn-by-turn)
  • Notifikasi media sosial

Semua akses berkenaan dipaparkan terus ke skrin TFT dengan antaramuka mesra pengguna untuk tunggangan lebih selamat dan mudah.

Sistem Navigasi Bersepadu

Buat kali pertama dalam sejarah model Sprint, sistem navigasi terbina dalam diperkenal dengan hanya menetapkan destinasi melalui aplikasi Vespa MIA, dan semua maklumat seperti jarak, masa ketibaan dan laluan akan terpapar pada panel meter. Anda juga boleh memilih semula destinasi terdahulu.

Sistem Keyless Pertama untuk Sprint

Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) kini eksklusif untuk Vespa Sprint Tech yang mana penunggang boleh membuka, menghidupkan atau mengunci skuter tanpa mengeluarkan kunci dari poket.

Ada juga butang khas untuk akses ruang simpanan bawah pelana dan fungsi Bike Finder jarak jauh dengan mengaktifkan lampu signal belok kiri dan kanan untuk memudahkan pengecaman.

Spesifikasi Teknikal Vespa Sprint Tech 150cc

Ada dua varian diperkenalkan, iaitu ABS Tunggal (Single ABS) dan ABS Dwi-Saluran (Double ABS)

  • Enjin i-get 4-lejang 155cc penyejukan udara 3-injap dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI)
  • Output kuasa 8.9kW (11.9hp) @ 7,250rpm, dan tork 12.7Nm @ 5,750rpm
  • Transmisi automatik CVT
  • Sistem brek cakera 200mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek dram 140mm (Single ABS)/brek cakera 200mm (Double ABS).
  • Kapasiti tangki minyak 8.0 ± 0.5 liter
  • Tayar tiubles 110/70 R12 di depan, dan 120/70 R12 (belakang)
  • Dimensi panjang 1,870mm, lebar 735 (750mm: Double ABS) x dan jarak roda 1,340mm

Harga

Vespa Sprint Tech 150cc 2025 ditawarkan pada harga RM22,900, dan kini boleh didapati di semua pengedar sah Vespa seluruh Malaysia.

Didi Group roda2 skuter Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) Vespa Vespa Sprint Tech 2025
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

11/05/2026
Roda2

Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

07/05/2026
BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

07/05/2026
Roda2

Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

04/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.