Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TunggangUji: Honda CB250R – Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan
Auto Terkini

#TunggangUji: Honda CB250R – Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

ZYBy ZY29/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH yang anda harapkan dari sebuah motosikal naked bersesaran 250cc?

Jika kelajuan maksimum 200kmj sebagai kriteria utama, artikel panjang ini bukan untuk anda. Motosikal bersesaran 500cc ke atas pasti lebih menepati cita rasa anda yang kami sudah pun senaraikan beberapa pilihan dalam artikel sebelum ini.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

Berbalik topik, baru-baru ini saya berpeluang menunggang uji model terbaharu, Honda CB250R. Apa yang menjadi tarikan utama jentera ini ialah gaya cafe racer yang diberikan acuan moden,  kali pertama gaya sebegini dikenakan dalam kelas 250cc untuk pasaran Malaysia.

Tetapi rupa menarik sahaja tidak cukup, apatah lagi harga yang perlu dibayar hampir menyamai harga sebuah motosikal bersesaran 800cc terpakai. Adakah berbaloi jadikan CB250R milik anda? Ikuti ulasan penulis di bawah.

GAYA & REKABENTUK

Ironinya, Honda CB250R hampir sama dengan KTM Duke 250 (2017) yang terkenal dengan imej streetfighter moden yang ranggi. Abaikan sekejap lampu depan, sekarang anda boleh lihat CB250R ini mempunyai penampilan yang sama ganas dengan lekuk tajam pada depan tangki, enjin padat dan tayar lebar.

Seperti motosikal naked lain, ergonomik atau postur badan sedikit menegak, jadi tiada isu sakit pergelangan tangan. Deruan angin menerpa dada ketika menunggang laju (sekitar 130-140kmj) juga tidak ketara. Pelana belakang terpisah dari depan, walaupun nampak seperti satu bahagian dan cukup lebar untuk menampung perempuan dewasa bersaiz kecil dan sederhana.

Jadi, jika anda peminat jentera KTM seperti disebut di atas, tetapi imej ganas dengan warna terang agak kurang menepati cita rasa diri, mungkin gaya dibawa Honda menerusi jentera naked ini ialah pilihan yang lebih ‘selamat’. Ada tiga pilihan warna ditawarkan: Graphite Black (hitam), Candy Chromosphere Red (merah) dan Matt Bullet Silver (perak), tetapi warna perak sahaja yang ada kemasan kusam (matte), dan selebihnya jenis berkilat atau gloss.

Sejujurnya, warna perak bagi saya ialah pilihan muktamad untuk motosikal sebegini, tetapi terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

PRESTASI KUASA & PENGENDALIAN

Melihat senarai spesifikasi di bawah, tiada apa yang begitu menarik perhatian.

Namun, jika anda berpeluang menunggang CB250R ini, angka-angka itu semua pasti dirasakan tidak lagi relevan. Hantaran kuasa bagi saya sudah sempurna, setiap pulasan terotel terus saja disusuli kuasa. Tidak kira ketika menunggang santai di jalan-jalan bandar, atau bermain selekoh, hantaran pikap sentiasa ada apabila diperlukan.

Bagaimanapun, seperti dijangka, CB250R mula sedikit lelah apabila kelajuan menghampiri 150kmj, karakteristik biasa untuk motosikal silinder tunggal 250cc. Namun, kebolehan jentera ini mengoptimumkan setiap julat RPM sebaik-baiknya membuatkan terasa lebih ‘cergas’ berbanding motosikal lain dalam kelas suku liter.

Dari segi pengendalian pula, CB250R begitu stabil ditunggang, terutama ketika mengambil selekoh dengan keadaan jalan tidak rata dan berombak. Dalam situasi ini, saya dapat rasa fork terbalik (USD) Showa bukan hiasan semata-mata. Suspensi belakang pula bertindak cemerlang menyerap daya hentakan, tidak membuai di selekoh dan tidak terlalu melantun, sedang-sedang saja.

Menunggang laju di lebuh raya juga bukan masalah besar, berbekalkan rim dan tayar lebar dalam kelas 250cc, CB250R  langsung tidak goyah ketika memotong rapat kenderaan lain yang lebih besar. Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang, dengan bahagian depan menggunakan kaliper jenis radial buatan Nissin, memang nampak lebih bergaya seperti ‘big bike’. Prestasi brek cukup baik untuk tunggangan harian.

Hal getaran kuat dan tangan kebas menjadi antara masalah utama motosikal silinder tunggal. Bagaimanapun getaran pada CB250R tidaklah begitu ketara. Bersama kombinasi ergonomik tunggangan menegak, dan pelana lebar lagi empuk, pengalaman menunggang berterusan dalam jarak 60-100km langsung tiada masalah.

TEKNOLOGI & PRAKTIKALITI

Seperti dimaklumkan, walaupun berwajah retro, CB250R masih sebuah motosikal moden. Jadi, pada harga ‘tidak bajet’, anda sendiri sudah boleh fikirkan tentang ciri apakah yang dipakejkan pada sebuah motosikal 250cc seperti ini.

  • Lampu depan, signal dan brek menggunakan teknologi LED yang terang dan lebih sejuk. Kedua-dua lampu signal depan berterusan menyala sebaik saja kunci dipulas. Ini bagi memudahkan pengguna jalan raya lain mengesan kehadiran penunggang di belakang. [Bagus]

  • Panel meter digital penuh LCD songsang (inverted LCD) menawarkan fungsi biasa motosikal moden dengan tambahan trip berserta penggunaan bahan api semasa dan purata, dan indikator untuk tongkat sisi, anjakan gear (shift light), dan ABS (Sistem Brek Anti Kunci). [Bagus]

  • Ya, ABS dual-channel (depan dan belakang) didatangkan sebagai standard, antara ciri yang patut dicontohi pengeluar lain yang masih menawarkan motosikal berkuasa tinggi tanpa varian ABS. [Bagus]

  • Bunyi kipas radiator masih senyap berbanding pesaing. Aliran udara panas juga ditambah baik menerusi penggunaan sirip deflektor pada sisi radiator yang berfungsi mengalirkan udara panas jauh dari penunggang. [Bagus]

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

  • Tiada paparan posisi gear, yang pasti lebih memudahkan penunggang novis dan tiada suis tambahan untuk lampu hazard atau lampu signal jika anda tidak mahu ia menyala sepanjang masa. [Kurang Bagus]
  • Pilihan muatan tambahan terhad. Ruang simpanan bawah pelana belakang cukup untuk menyimpan sarung tangan dan perkakas ringkas (cangkuk helmet disediakan). Pelindung tangki daripada material plastik sepenuhnya, ini bermakna beg tangki magnet tidak boleh digunakan. Jika anda selalu guna jaring cangkuk, bahagian ekor dan pemegang belakang CB250R tiada cangkuk atau komponen khas yang boleh digunakan untuk menyangkut. [Kurang Bagus]
  • Purata penjimatan bahan api yang saya dapat ialah sekitar 25.6km/liter atau 3.9liter/100km. Dengan tangki 10.1 liter, jarak tunggangan ialah sekitar 220km sebelum isian semula. Angka ini sepadan dengan kuasa dihasilkan. Jika anda menunggang lebih santai, memang boleh mencapai purata penggunaan minyak 33km/liter. [Bolehlah…]

KESIMPULAN

Keseluruhannya, saya boleh katakan CB250R ini ialah jentera naked 250cc yang cukup sempurna, mengambil kira setiap nilai ditawarkan.

Ia bukan paling berkuasa dalam kelas, tetapi digabungkan hantaran kuasa yang cekap dan kualiti pengendalian mantap, apa yang anda dapat ialah sebuah motosikal berkuasa tinggi aras mula yang boleh dinikmati sepanjang masa. Selain itu, gaya retro moden sebegini membuatkan ia tampak kekal relevan dan tidak mudah disaingi jentera naked atau sport lain untuk jangka masa lebih lama.

Mengenai harga, benar jentera naked Honda ini boleh diklasifikasikan sebagai 250cc paling mahal dalam kelas. Tetapi RM22,999 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) untuk sebuah motosikal yang saya anggap lengkap serba serbi, reliabel dan kurang meragam (berdasarkan respon pemilik Honda sebelum ini) serta masih enak dipandang sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun lagi, saya rasa ia berbaloi dengan harga yang perlu anda bayar.

SPESIFIKASI

HONDA CB250R

ENJIN: 4-lejang sebaris, silinder tunggal, DOHC, penyejukan cecair
SESARAN: 250cc
GEREK x LEJANG: 76mm x 55mm
KUASA MAKSIMUM: 27.2hp @ 9000rpm
TORK MAKSIMUM: 23.3Nm @ 8000rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 10.1 liter
JENIS KLAC: Klac manual
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI: 2,020mm (panjang) x 805mm (lebar) x 1,050mm (tinggi)
JARAK RODA: 1355mm
TINGGI PELANA: 800mm
JARAK KELEGAAN TANAH:150mm
BERAT: 145kg
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik USD
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun monoshock
SAIZ RODA DEPAN: 110/70 R17
SAIZ RODA BELAKANG: 150/60 R17
BREK DEPAN: Cakera hidraulik ABS
BREK BELAKANG: Cakera hidraulik ABS

GALERI
Boon Siew Honda Honda CB1000R honda cb250r honda cb250r malaysia honda cb250r review honda cb250r review malaysia tunggang uji cb250r
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Auto Terkini

PETRONAS Sprinta Ladies Dilancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.