Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tuan Kedai ‘Cop Parkir’ Bayar Tak Reti di JB Boleh Kena Kompaun RM500
Auto Terkini

Tuan Kedai ‘Cop Parkir’ Bayar Tak Reti di JB Boleh Kena Kompaun RM500

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MANA-mana pemilik premis perniagaan yang melakukan aktiviti ‘cop parkir’ untuk kegunaan peribadi dengan meletakkan baldi, kerusi, alat pemadam api atau apa saja objek di kawasan tempat letak kereta berkupon sekitar Johor Bahru boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

BACA >>> Cop Parkir: Netizen Singapura Pun Malu Perangai Rakyat Sendiri!
BACA >>> Netizen Puji MPAJ Banteras Cop Parkir, Boleh Jadi Contoh Kepada PBT Lain

Menurutnya, ini juga usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengatasi kesesakan dan isu parkir  kereta di bandar raya itu.

Kebiasaannya, isu ‘cop parkir’ membabitkan pengusaha spa, refleksologi, kedai aksesori kereta, restoran dan beberapa premis lain di kawasan berkenaan.

Sepatutnya semua premis yang hendak menempah petak parkir berkupon boleh memohon terus kepada MBJB dengan bayaran RM150 sebulan, tetapi tidak ramai pengusaha premis memohon,” kata Mohd Noorazam.

Perbuatan meletakkan kerusi atau mengupah penjaga parkir menjaga kawasan parkir berkupon, terutama di depan premis adalah salah di sisi undang-undang.

Tambahnya, isu ‘cop parkir’ berpotensi menimbulkan ketegangan antara pemilik premis dan orang awam yang mahu meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Berdasarkan undang-undang, orang awam berhak meletakkan kenderaan di mana-mana saja jika ada parkir kereta kosong. Jika aktiviti berkenaan masih berlarutan, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis tidak bertanggungjawab.

Noorazam turut menjelaskan rondaan dan operasi bersepadu dengan JPJ dan PDRM juga kerap diadakan.

Kita juga sedang menambah baik prosedur sebelum tindakan menarik kenderaan dibuat dengan membunyikan siren, memberitahu menggunakan pembesar suara dan menunggu beberapa minit sebelum kenderaan diletakkan di tempat tidak sepatutnya ditarik,” katanya.

Selain ‘cop parkir’, ‘isu ulat parkir’ di kawasan bandar raya, terutama Bazar Karat seperti di Jalan Ibrahim atau Wong Ah Fook juga semakin banyak dikesan.

Orang awam boleh membuat aduan dan laporan kepada MBJB menerusi talian Hotline 1-300-88-0146 atau unit aduan 019-7788-212 (WhatsApp) jika mengesan sebarang aktiviti tersebut supaya tindakan dapat diambil.

BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Cop Parkir Johor Bahru kompaun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) parkir berkupon premis perniagaan Saman Ulat Parkir
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.