Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tuah Noraini Menang FUSO Diamond – Dapat Mercedes-Benz C200, Lawatan ke Jepun
Roda4

Tuah Noraini Menang FUSO Diamond – Dapat Mercedes-Benz C200, Lawatan ke Jepun

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka selepas dipilih secara rawak dalam kalangan pelanggan FUSO seluruh negara, Noraini Abdul Haris (gambar atas tengah ialah wakil) dipilih sebagai pemenang hadiah utama FUSO Diamond 2016 yang membawa pulang sebuah Mercedes-Benz C200, lawatan ke Jepun membabitkan kunjungan ke kilang,termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D)  Kawasaki FUSO, dan baucar servis bernilai RM6,000.

Tahun ini ialah kali ke-4 peraduan FUSO Diamond diadakan anjuran Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) selaku pengedar sah trak FUSO di Malaysia dengan membabitkan cabutan mini daripada 885 penyertaan dan diakhiri cabutan pusingan akhir dengan menerima 1,478 penyertaan lagi. Cabutan dibuat pada Julai 2016.

Pelanggan kami meletakkan kepercayaan terhadap kenderaan FUSO untuk membantu menjalankan dan mengembangkan perniagaan. Peraduan FUSO Diamond adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan, kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Bagi peraduan 2016/2017, kami menerima 2,363 penyertaan dan amat gembira dengan sambutan memberangsangkan.”

– Albert Yee, Naib Presiden MBM CV

TERKEJUT DAN GEMBIRA


Noraini yang menguruskan perniagaan logistik bersama suami mengakui terkejut, tetapi gembira dengan hadiah lumayan dimenangi selepas memutuskan membeli trak FUSO pertama pada sembilan bulan lalu.

Sebagai pelanggan baharu FUSO, kami tidak jangka terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Perniagaan kami sekarang memang terlibat dalam pengangkutan barangan berasaskan perkhidmatan sewa. Kami memerlukan trak untuk berada dalam keadaan baik pada setiap masa. Sebab itulah kami yakin menggunakan jenama FUSO berasaskan rekod pencapaian dicapai.

“Kami memilih trak FUSO disebabkan nilai untuk wang. Kami percaya servis selepas jualan menawarkan tahap realibel tinggi. Saya rasa servis selepas jualan sangat penting untuk memaksimum masa operasi bisnes. Kami harap dapat menambah bilangan trak jika ada rezeki.”

– Noraini Abdul Haris, pemenang hadiah utama Fuso Diamond 2016

Seramai 26 pemenang bertuah lain membawa pulang hadiah menarik pada majlis makan malam gala dan penyampaian hadiah FUSO Diamond itu. Pemenang hadiah pertama hingga empat menerima ganjaran lawatan ke Jepun selain berpeluang mengunjungi kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kawasaki FUSO, termasuk menerima baucar penyenggaraan bernilai RM5,000, RM4,000, RM3,000 dan RM2,000.

Selain itu, seramai 10 pelanggan bertuah FUSO memenangi hadiah sagu hati berupa baucar servis bernilai RM2,000 setiap seorang, manakala 12 lagi pelanggan bertuah menerima baucar servis RM1,000. Penyertaan peraduan FUSO Diamond 2016/2017 terdiri daripada pemilik trak FUSO bagi kenderaan yang berdaftar antara 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

PENUHI PASARAN KOMERSIAL SEDERHANA


MBM CV memenuhi keperluan pasaran kenderaan komersial sederhana dengan memasarkan trak FUSO tugasan ringan, sederhana dan berat. Trak tugasan-ringan FUSO (FE71PB, FE83PE, FE83PG, FE85PG, FG83PE 4X4) kebiasaannya digunakan sebagai penghantaran jarak dekat dan pengangkutan logistik antara negeri.

Trak tugasan-sederhana (FM65FJ, FM65FN) digunakan sebagai trak pemampat dan gelungsur, lori tangki dan keperluan logistik jarak jauh. Sementara itu, trak tugasan-berat FUSO (FN62FM) digunakan di tapak kuari. Walaupun menghadapi suasana pasaran mencabar, MBM CV masih mampu mencatatkan prestasi mantap dengan jualan keseluruhan 2,612 kenderaan pada tahun lalu – 2016,  terdiri  trak tugasan-ringan dan berat FUSO, termasuk trak dan van Mercedes-Benz.

Disokong rangkaian 55 pengedar dan 45 fasiliti servis FUSO, MBM CV dan rakan pengedar sentiasa komited dalam memberikan ketenangan fikiran dan kemudahan kepada pelanggan jenama itu di seluruh negara.

FUSO Fuso Diamond 2016 Mercedes-benz Noraini Abdul Haris
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.