Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas
Roda2

Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas

AryonBy Aryon05/10/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Triumph pertama kali melancarkan Boneville Bobber pada penghujung tahun lalu, tanpa disangka banyak unit terjual dalam 30 hari pertama berbanding model-model lain dalam sejarah pengeluar motosikal ikonik British itu.

Bagi model 2018, dan sempena ulang tahun ke-115, Triumph bakal menawarkan Bonneville Bobber serba hitam yang didatangkan dengan rekaan popular estetik-custom selepas mendapati pelanggan amat menggemari hala tuju dibawa jentera 1200cc itu.

Bobber Black, juga dipanggil Bonnie baharu, tampil seakan pesawat ‘stealth’ dengan kemasan hitam disembur pada perehat kaki, pedal, tuil, dan ekzos, termasuk belakang panel meter, bar hendal, besi plat, frem dan perumah lampu utama. Segalanya serba hitam. Sementara itu, penutup untuk enjin, aci (cam) dan gegancu (sprocket) turut disadurkan hitam. Hasilnya, sebuah Bonneville Bobber yang cukup agresif berbanding versi terdahulu.

LEBIH AGRESIF

Bonneville Bobber hitam ini juga mendapat beberapa pengemaskinian prestasi dengan profil agresif dan alat ganti dipertingkat. Rim depan ‘gemuk’ bersaiz 16-inci digantikan dengan rim 19-inci, sekali gus memberikan imej maskular, manakala fork 47mm mengambil alih peredam 41mm yang ada pada ‘Bobbed Bonnie’ standard.

Jentera ini turut dipasangkan beberapa komponen kosmetik moden seperti lampu utama yang kini didatangkan dengan unit LED penuh dengan lampu siang (DRL), lampu belakang dan indikator LED penuh, brek cakera depan berkembar dengan kaliper Brembo, fork kartrij Showa high-spec dan butang kawalan jelajah yang tampil standard.

Motosikal versi hitam ini juga didatangkan dengan gajet dan peranti moden seperti terdapat pada model tahun lalu, membabitkan klac bantuan tork, kawalan traksi boleh ubah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), mod tunggangan, dan ciri Ride-by-Wire.

Triumph juga masih menawarkan lebih 150 aksesori untuk Bobber yang membolehkan pemilik mengubahsuai mesin British mereka itu mengikut cita rasa peribadi. Antaranya ialah penyengap atau silencer aluminium Vance and Hines, dan unit suspensi belakang boleh laras Fox.

Dengan tempoh penyenggaraan setiap 10,000 batu (16,000km) dan antara jentera cruiser paling seksi dan hip masa kini, pembeli ada banyak alasan untuk memilih Bonneville Bobber.

GALERI

cruiser motosikal roda2 Triumph Triumph Bonneville Bobber Black
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancar Di Malaysia – Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.