Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Thailand Lancar Yaris Ativ (Vios) Facelift, Harga Mula RM67k!
Roda4

Toyota Thailand Lancar Yaris Ativ (Vios) Facelift, Harga Mula RM67k!

ShawkathBy Shawkath22/09/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Motor Thailand mengemas kini Yaris Ativ (Malaysia: Vios) yang ditawarkan dalam tiga varian untuk pasaran negara jiran itu pada harga bermula 539,000 baht (RM67,490)

Sedan segmen-B itu berkongsi trenkuasa sama seperti model terdahulu, iaitu enjin 4-silinder 16-injap 1.2L DOHC Dual VVT-iE.

Berikut perincian Yaris Ativa (2022) facelift:

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Vios Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM77k

 

  • Ditawarkan dalam tiga varian dan harga seperti berikut:
    • Entry – 539,000 baht (RM67,490)
    • Sport – 599,000 baht (RM75,045)
    • Sport Premium – 674,000 baht (RM84,440)
  • Dijana enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder 16-injap 1.2L DOHC Dual VVT-iE berkuasa 90.7hp @ 6,000rpm dan tork 109Nm @ 4,400rpm, manakala transmisi jenis automatik Super CVT-i dengan Shift Lock.
  • Rekabentuk luaran ditambah baik dengan bahagian lampu kabus kini lebih besar, manakala rupa depan, bawah gril dan perumah lampu kabus mendapat aksen hitam kilat.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu

  • Varian asas, Entry kekal dengan lampu halogen, manakala Sport dan Sport Premium dipasangkan lampu LED multireflektor dengan lampu siang (DRL) LED. Lampu kabus LED hanya ada pada versi Sport Premium.
  • Varian Sport dan Sport Premium menerima pakej skirt sisi dan belakang untuk gaya lebih sporty.
  • Varian Entry dan Sport menggunakan antena jenis rod, manakala antena Sport Premium jenis sirip yu.
  • Warna cermin sisi Entry sama seperti warna badan, sebaliknya Sport dan Sport Premium hitam berkilat serta disepadukan bersama lampu signal belok.
  • Cermin sisi ada suis boleh laras untuk semua varian, tetapi fungsi boleh lipat cuma diberikan pada Sport dan Sport Premium.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu

  • Ruang kabin varian Entry menggunakan material fabrik. Model pertengahan Sport menerima kombinasi fabrik dan kulit tiruan (leatherette), manakala Sport Premium mendapat kulit sintetik.
  • Kluster instrumen analog hadir untuk varian Entry. Dua varian lebih tinggi menggunakan meter Optitron dengan paparan multi-info. Varian Sport Premium pula mendapat meter MID TFT 4.2 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

  • Sport dan Sport Premium dipasang kamera belakang. Fungsi perakam video digital (DVR) depan dan belakang hanya ada pada varian tertinggi.
  • Semua varian dibekalkan kunci kawalan jauh. Sport Premium mendapat fungsi butang tekan-mula (push-start) dan kunci pintar (smart key). Ciri penyaman udara automatik ditawarkan untuk Sport dan Sport Premium.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?

  • Varian Entry ada sistem audio biasa dengan port auksiliari AUX dan sambungan wayarles Bluetooth. Sport dan Sport Premium mendapat unit infotainment skrin sentuh 6.7 inci dengan sokongan Smart Device Link.
  • Semua varian memiliki ciri keselamatam seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Daki Bukit (HAC), termasuk tujuh beg udara di depan, tepi, langsir (curtain) dan lutut (pemandu).
  • Tambahan ciri keselamatan pada Sport Premium ialah Sistem Pra Pelanggaran PCS) dan Amaran Lencong (LDA).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?
BACA >>> #Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?

SUMBER: AutoIndustriya | ToyotaThailand

Roda4 sedan segmen-B Toyota Thailand Toyota Yaris Ativ Vios Thailand
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

02/02/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

By Syafie29/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.