• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

March 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA mencari kereta baharu, kita biasanya akan menitikberatkan ciri yang dipadankan bersama model tersebut. Adakah kereta itu jenis sistem pacuan semua roda (AWD)? Ada Android Audo atau Apple CarPlay tak? Ataupun apakah jenis kerusi ditawarkan?

Sesetengah orang ada keutamaan sendiri yang menentukan keputusan mereka dalam membeli kereta, terutama apabila melibatkan kemasan kabin. Kali ini, kami akan berkongsi tentang perbezaan dua jenis material kerusi untuk membantu anda mencari kereta idaman. 

Majoriti kereta masa kini menawarkan kerusi dengan material jenis fabrik (kain), kulit (leather) atau kulit tiruan yang biasanya ditulis dalam brosur sebagai leatherette.  Perbezaan antara fabrik dan kulit memang mudah dicam, tetapi bagaimanakah membezakan kulit sebenar (leather) dan leatherette? Jawapannya ada di bawah.

APAKAH LEATHERETTE?

Kerusi leatherette menggunakan material sintetik dan bukan kulit sebenar, atau juga disebut kulit tiruan. Ia dihasilkan daripada material vinil berasaskan plastik dan bukan kulit haiwan. Penggunaan bahan sintetik membuatkan leatherette mempunyai ciri berlainan daripada kulit sebenar dan mungkin mampu mempengaruhi keputusan kita sebagai pembeli.

Kelebihan Kerusi Leatherette
  • Kalis tumpah, sama ada makanan atau cecair
  • Lebih tahan calar
  • Harga berpatutan
  • Ada banyak pilihan warna
  • Boleh dicuci
Kelebihan Kerusi Kulit
  • Lut udara (breathable)
  • Sangat tahan lasak
  • Boleh diuraikan, mesra alam
  • Lebih mewah
Bagaimanakah Bezakan Kulit dan Leatherette?

Kadangkala agak sukar membezakan kerusi kereta itu jenis kulit atau leatherette berkualiti tinggi. Bagaimanapun, cara mengenal pasti adalah melihat liang material tersebut dengan lebih dekat.

Kulit sebenar mempunyai jarak liang yang tidak konsisten, sebaliknya leatherette mempunyai jarak liang sama dan berulang. Kulit juga mempunyai tekstur seakan berminyak atau lembap, berbanding leatherette yang kering dan ada sedikit fiil plastik.

Namun, hati-hati juga dengan istilah digunakan. Dalam terjemahan Bahasa Melayu yang ditulis dalam brosur atau pamflet jualan, sesetengah pengeluar tersilap menterjemahkan perkataan 'leatherette' sebagai 'kulit' dan ini mungkin mengelirukan pengguna.

Mungkin juga jika diterjemahkan sebagai kulit tiruan, atau kulit sintetik, bunyi dan sebutannya seakan kurang premium berbanding istilah leatherette itu sendiri. Malah, sesetengah orang masih menganggap leatherette itu jenis kulit juga.

BACA >>> BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k
BACA >>> Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"

SUMBER: ParkMarinaMotors

Artikel Berkaitan

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kulit asli, Kulit Sintetik, Kulit Tiruan, Kulit vs Kulit Sintetik, Leather, Leatherette, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my