Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k
Roda4

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Kini di Malaysia! Harga RM708k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia melancarkan X7 xDrive40i Pure Excellence baharu versi pemasangan tempatan (CKD) sebagai komitmen pengeluar itu untuk melabur dalam pasaran automotif negara.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi saiz penuh itu  dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM 708,000, yang juga harga selepas pengecualian cukai jualan. Berikut perincian lengkap mengenai BMW X7 xDrive40i Pure Excellence:

  • Ada lima pilihan warna ditawarkan yang dipadankan kombinasi material upholsteri jenis liang. Warna Black Sapphire (hitam) dan Sophisto Grey (kelabu) mendapat upholsteri Cognac Leather Vernasca hitam, manakala kemasan kabin untuk Phytonic Blue (biru) dan Manhattan Metallic (hijau kusam) ialah Leather Vernasca serba hitam. Akhir sekali, kemasan kabin Leather Vernasca dalam warna Coffee dengan hitam dikhaskan untuk warna Mineral White (putih). 
  • Menampilkan gril signatur ‘kidney’ saiz besar yang cukup menyerlah, lampu utama BMW Laserlight, lampu kabus LED dan bantuan lampu suluh tinggi.
  • Dari sisi, garisan bahu hampir vertikal menjadikan model ini berbentuk landai dari depan ke belakang.

  • Dipadankan rim aloi ringan 21 inci ‘Y-spoke’ 753 Bicolour dan tayar ‘run flat’ sebagai standard, serta disediakan but eletrik dengan ciri bebas tangan Comfort Access.

BACA >>> Spesifikasi BMW S1000RR (2021): Kini di Malaysia dengan Harga RM121k
BACA >>> #PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

  • Trenkuasa dijana enjin petrol 6-silinder sebaris berkuasa 340hp dan tork 450Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat. Penggunaan bahan api ialah 9.5 liter per 100km.
  • Kuasa dihasilkan disalurkan kepada keempat-empat roda menerusi transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) pintar, xDrive yang dibangunkan untuk memaksimumkan traksi, ketangkasan dan kestabilan pengendalian dan dipadankan ciri Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC).
  • Sama seperti versi import, model CKD ini turut dilengkapkan ciri Executive Drive Pro dengan ciri anti-oleng. Aspek keselesaan dipertingkat menerusi sistem Kawalan Peredam Dinamik (DDC) yang mampu memproseskan data daripada sistem navigasi dan kamera depan.

  • Bahagian kabin diberikan sentuhan premium menerusi elemen trim potongan berlian buatan (diamond-cut) tangan ‘Crafted Clarity’, stereng kulit sport dan kerusi boleh laras elektrik dengan fungsi ventilasi aktif untuk pemandu.
  • Rekaan papan pemuka menampilkan unit infotainment skrin sentuh BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0, dan kluster instrumen digital 12.3 inci. Juga diberikan ciri kawapan dongak (HUD) BMW.
  • Varian ini turut dimuatkan ciri arahan suara Pembantu Peribadi Pintar BMW (BMW Intelligent Personal Assistant) dan Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control).

  • Ciri lain ialah Karpet  Cahaya  Aluan  (Welcome  Light  Carpet), penyaman udara lima zon, sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, tirai elektrik untuk tingkap sisi, dan sistem hiburan Rear Entertainment Professional untuk penumpang belakang dan bumbung panoramik Panorama Roof Sky Lounge.
  • Ruang but bersaiz 325 liter dan boleh ditambah kepada 2,120 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
  • Ciri lain terdiri daripada teknologi bantuan pemandu BMW Personal CoPilot, bantuan parkir Parking Assistant Plus, Amaran Tukar Lorong (LDW), amaran perlanggaran depan dengan intervensi brek, Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dan stering aktif bersepadu (IAS).

Jika berminat dengan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ini, anda boleh buat tempahan melalui BMW Shop Online yang dibuka sejak 26 Februari lalu . BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan pelan pembiayaan ‘Balloon Financing Plan’, bermula RM7,848 (mengikut anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun).

BACA >>> #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini
BACA >>> #TahukahAnda : Kenapa Enjin 4-Valve Lebih Berkuasa daripada Enjin 2-Valve?

BMW BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV Saiz Penuh
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.