• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

December 2, 2020 By AI Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 sDrive20i M Sport bukan kenderaan utiliti sukan (SUV) pilihan yang memikat hati dan mampu menarik perhatian.

Dalam kelas SUV mewah yang semakin sesak dengan persaingan seperti Mercedes-Benz GLA, Audi Q3, Volvo XC40 dan Lexus UX, kehadiran X1 hari ini dilihat biasa-biasa saja yang selesa dalam segmennya. Namun, hanya jauhari mengenal manikam.

Bagi peminat BMW, mereka semestinya tahu kualiti sebenar jenama ini yang menawarkan tahap pemanduan cemerlang. Walaupun dalam pacuan roda depan (FWD), X1 sDrive20i M Sport kekal memberi respons pantas setiap kali memijak pedal minyak. Jika berminat, model ini boleh dimiliki pada harga RM225,000 (dengan pengecualian cukai jualan setakat hujung tahun ini).

Enjin 2.0L, FWD

X1 sDrive20i M Sport dipacu enjin 4-silinder 2.0L berkuasa 192hp @ 5,000-6,000rpm dan tork 280Nm @ 1,350-4,600rpm, manakala hantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 7.6 saat dengan kelajuan maksimum mencapai 224kmj.

Persoalannya, adakah X1 mampu meneruskan legasi BMW yang sebelum ini terkenal menghasilkan model-model menyeronokkan dalam portfolio berbeza. Ini kerana X1 bukan sedan, dan bukan kenderaan pacuan roda belakang (RWD) yang signifikan dengan model prestasi BMW.

Mungkinkah ini mengecewakan peminat BMW?

Namun jika berjaya, tiada siapa akan menyalahkan BMW dan mungkin anda sendiri perlu mencuba. Apapun inilah kesimpulan yang dapat saya ringkaskan.

Apa Saya Suka

  • X1 sDrive20i M Sport menawarkan pemanduan menyeronokkan dalam pelbagai cara. Pertama dalam senarai ialah kelancaran kotak gear DCT 7-kelajuan. Anjakan gear halus menjadikan SUV ini cukup selesa dipandu, dan bertindak balas walaupun ketika menggunakan mod manual.
  • Dalam pemanduan bandar, tidak perlu lagi mengoperasikan klac ketika trafik henti-mula. Pengendalian halaju rendah juga lebih mudah dan lancar.
  • Suspensi M Sport memberikan profil rendah dan menawarkan karakteristik pengendalian lebih baik dengan rim 18 inci menawarkan cengkaman mantap di selekoh dan olengan badan minimum.
  • Unit infotainment 8.8 inci yang besar memudahkan saya melihat paparan menu dan menetapkan tetapan kenderaan.
  • Tombol konsol tengah memudahkan saya memilih menu pada skrin berbanding pad sentuh atau skrin sentuh penuh.
  • Operasi sistem pada skrin juga lancar tanpa jeda. Menariknya, sistem navigasi memaparkan arah kiblat.
  • Bahagian kabin direka rapi. Tidak sukar membiasakan diri dengan kedudukan punat dan butang  pada instrumen papan pemuka yang dihalakan menghadap pemandu untuk memudahkan capaian.

Apa Saya Kurang Suka

  • Aura kabin X1 tiada faktor wow yang lebih segar. Sebaik saja melangkah masuk sudah dapat mengecam itu kabin BMW. Agak menjemukan untuk mood 2020.
  • Kluster instrumen masih lagi analog dan kecil. Walaupun stereng sudah dilaraskan,  saya tidak dapat lihat paparan meter sepenuhnya. Terpaksa pilih antara paparan jarum analog di atas atau digital di bawah.
  • Kabin tidak terlalu luas, terutama ruang belakang. Namun, segmen ini tiada saingan luar biasa apabila menyentuh aspek keluasan kabin. Jadi perlu pilih sama ada mahukan ruang kaki atau but luas.
  • Bahagian tengah kerusi belakang sedikit sempit, tetapi penumpang ketiga masih boleh duduk selesa. Ruang lantai berbonggol di tengah mungkin menyukarkan penumpang meletakkan kaki dengan selesa, terutama apabila tiga penumpang duduk di belakang.
  • Bunyi tayar sedikit bingit. Juga kurang bersahabat baik dengan lubang dan permukaan jalan tidak rata yang mana setiap impak hentakan terasa sampai ke kabin.

BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Motosikal Perlu Tune Up Bilakah Perlu Buat?
BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!

BMW sDrive20i M Sport_1
BMW sDrive20i M Sport_14
BMW sDrive20i M Sport_8
BMW sDrive20i M Sport_34
BMW sDrive20i M Sport_2
BMW sDrive20i M Sport_4
BMW sDrive20i M Sport_3
BMW sDrive20i M Sport_1
BMW sDrive20i M Sport_31
BMW sDrive20i M Sport_5
BMW sDrive20i M Sport_2
BMW sDrive20i M Sport_15
BMW sDrive20i M Sport_26
BMW sDrive20i M Sport_23
BMW sDrive20i M Sport_10
BMW sDrive20i M Sport_18
BMW sDrive20i M Sport_19
BMW sDrive20i M Sport_20
BMW sDrive20i M Sport_22
BMW sDrive20i M Sport_41
BMW sDrive20i M Sport_39
BMW sDrive20i M Sport_38
BMW sDrive20i M Sport_37
BMW sDrive20i M Sport_40
BMW sDrive20i M Sport_9
48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: BMW, BMW Malaysia, BMW X1 sDrive20i M Sport, Pandu uji, Pandu Uji BMW X1 sDrive 20i, panduuji, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my