Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kenapakah Motosikal Perlu ‘Tune Up’, Bilakah Perlu Buat?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kenapakah Motosikal Perlu ‘Tune Up’, Bilakah Perlu Buat?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL sama penting seperti kereta. Boleh dikatakan kebanyakan rumah ada jentera dua roda kerana menawarkan akses pengangkutan lebih cepat selain dapat mengelak lalu lintas padat, terutama di bandar besar.

Motosikal juga perlu disenggaran, sama seperti kereta, dan salah satu cara penyenggaraan itu ialah penalaan (tune up) supaya kenderaan kita kekal selamat dan selesa digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis

MAKSUD ‘TUNE UP’ MOTOSIKAL

Memiliki motosikal tidak menjamin seseorang itu faham tentang penyenggaraan. Begitu juga tune up, iaitu tentang prosedur menala yang betul. Tune up ialah proses yang dibuat untuk mengembalikan semula prestasi motosikal kita kepada asal atau standard.

Hal ini penting jika motosikal kita dijadikan pengangkutan harian. Jadi, prestasi standardb, terutama komponen enjin dan penapis udara perlu diambil kira. Motosikal yang kerap ditunggang akan mengalami kehausan, manakala penapis udara kotor boleh menghalang aliran udara, sekali gus menjejaskan prestasi.

Perubahan selepas tune up tidaklah terlalu besar. Namun, jika tidak pernah buat, kita memang dapat rasakan perbezaan prestasi sebelum dan sesudah tune up.

CARA TUNE UP TEPAT

Ramai masih belum faham cara tune up betul. Proses ini melibatkan tiga komponen yang perlu diberikan perhatian, iaitu enjin, casis dan transmisi.

1. Enjin

Perkara pertama perlu dilakukan, periksa kualiti minyak, palam pencucuh dan penapis udara. Kemudian, kita perlu periksa penapis minyak dan karburetor. Jika motosikal jenis suntikan bahan api (FI), bersihkan injektor dan buat pelarasan injap.

2. Casis

Periksa stereng motor dan sproket serta perhatikan tayar dan rim, termasuk pad brek. Kemudian, periksalah paras minyak brek. Jika skuter, jangan lupa periksa roller pada transmisi dan minyak gear.

3. Transmisi

Periksa voltan bateri dan cas voltan, termasuk litar pencucuhan, lampu dan hon.

BILAKAH PERLU BUAT TUNE UP?

Ingat, kerja-kerja tune up tidak boleh dibuat sembarangan supaya hasil diperoleh maksimum. Masa yang tepat ialah tiga bulan sekali atau apabila motosikal mencapai jarak perbatuan 2,000km.

Selang perbatuan itu pula dikhususkan kepada mereka yang kerap menunggang di laluan berdebu. Tahap kekerapan tunggangan di laluan berdebu itu pula adalah sekitar 3,000-4,000km. Masa tune up tidak hanya bergantung jarak ditempuh. Kita juga boleh buat tune up jika berlaku masalah enjin. Misalnya apabila enjin sudah rasa kurang berprestasi atau berbunyi kasar.

Apabila penggunaan minyak terasa boros, termasuk ekzos mengeluarkan asap hitam, ada baik segera buat tune up. Selain itu, motosikal yang susah dihidupkan ketika pagi juga menjadi petanda supaya segera tune up. Ciri lain ialah susah tukar gear dan enjin bergegar kuat.

MANFAAT

Manfaat tune up adalah mengembalikan prestasi motosikal seperti sedia kala. Sebagai pemilik, kita akan dapat rasa perbezaan antara motosikal yang belum  atau sudah tune up. Antaranya, enjin rasa kurang berprestasi dan berat.

Tune up juga bagus supaya kondisi enjin kekal dijaga baik. Penyenggaraan komponen motosikal yang dilakukan secara rutin dapat membuatkan jangka hayat motosikal mampu bertahan lama. Ia juga mampu memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik dan mengelak berlaku kerosakan lebih parah.

BACA >>> BMW Motorrad Perkenal Rantai Baharu Bebas Senggara Tanpa Pelincir
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Komponen Motosikal yang Perlu Diservis Selepas Redah Hujan

SUMBER: Suzuki.co.id

autotainment Penalaan Penalaan Motosikal tahukah anda tune up motor Tune Up Motosikal tuning
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.