
BMW Afrika Selatan dan BMW Motorrad Afrika Selatan bekerjasama untuk menghasilkan edisi berkembar yang menonjolkan hubungan kekeluargaan antara kedua-dua jenama tersebut.
Buat pertama kali, kerjasama ini menampilkan edisi khas model berprestasi tinggi yang dipertingkatkan dengan karakter M serta ciri personalisasi yang kuat.

Edisi terhad ini melibatkan model BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR M2 Edition dan BMW S 1000 RR M2 Edition yang dibezakan dengan Jumlah yang ditawarkan sebanyak 20 unit sahaja.
BMW S 1000 RR M2 Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition

BMW S 1000 RR yang merupakan motosikal sport terlaris di Afrika Selatan kini hadir dengan aksen merah unik untuk membezakannya daripada varian standard.
Semua unit bagi edisi ini menggunakan warna Black Storm Metallic dengan perincian merah pada bahagian fairing depan dan penutup pelana penumpang.

Ia turut dilengkapi penghadang angin gelap, pelana dengan embos M serta rim Design Option dengan aksen merah.
Bagi model yang lebih ekstrem iaitu M 1000 RR M2 Edition, ia turut menggunakan warna Black Storm Metallic dengan aksen merah pada bahagian rim roda karbon M, tangki bahan api dan fairing depan.

Winglet M pada bahagian hadapan kini mempunyai lambang RR dengan kemasan warna merah yang menyerlah.
Kedua-dua model motosikal ini menggunakan sistem ekzos Akrapovič dan secara teknikalnya adalah sama dengan model asal masing masing.

BMW M2 Coupé RR Edition
BMW M2 Coupé RR Edition dibezakan melalui cat Black Sapphire Metallic dan sistem suspensi M Performance dengan spring berwarna merah yang lebih rendah sebanyak 20 mm.
Model ini menggunakan rim M Performance dengan kemasan Jet Black bersaiz 20 inci di bahagian hadapan dan 21 inci di bahagian belakang.

Ciri aerodinamik kereta ini dipertingkatkan melalui penggunaan splitter depan dan belakang berwarna hitam dengan riasan merah.
Bahagian belakang kereta dilengkapi dua spoiler iaitu dengan bahagian bumbung berwarna hitam manakala spoiler but jenis flowthrough hitam dengan jalur merah sebagai aksen.

Selain itu, sistem ekzos Akrapovič yang ditempah khas dibangunkan untuk edisi ini.
Bahagian dalaman kabin menampilkan kerusi sport berwarna hitam dengan bolster merah dan jahitan kontras merah.

Reka bentuk ini diinspirasikan daripada penanda merah pada kedudukan pukul 12 di stereng serta dua butang M untuk memilih tetapan kenderaan yang dikonfigurasi secara individu.
Ciri unik lain bagi edisi ini adalah pemasangan bumbung suria sebagai ciri standard yang hanya tersedia untuk versi ini.
Trenkuasa

BMW M2 Coupé RR Edition menggunakan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris 353 kW (480 ps) dengan teknologi M TwinPower Turbo yang sama seperti model BMW M2 Coupé semasa.
Sebanyak 10 unit akan ditawarkan yang terdiri daripada 5 unit transmisi manual enam kelajuan dan 5 unit transmisi M Steptronic lapan kelajuan dengan Drivelogic.
Model ini dijangka tersedia apabila mula dijual pada suku keempat tahun 2026.

BMW S 1000 RR M2 Edition
- Warna: Black Storm Metallic
- Ciri Khas: Aksen merah pada fairing dan penutup pelana, penghadang angin gelap, pelana embos M, rim Design Option
- Ekzos: Pilihan Akrapovič
- Harga: R406,950.00 (RM96,325)
BMW M 1000 RR M2 Edition
- Warna: Black Storm Metallic
- Ciri Khas: Aksen merah pada rim roda karbon M, tangki bahan api dan fairing, winglet M dengan lambang RR merah
- Ekzos: Pilihan Akrapovič
- Harga: R882,100.00 (RM208,793)
BMW M2 Coupé RR Edition
- Trenkuasa: 353 kW (480 ps) enam silinder sebaris
- Transmisi: 5 unit 6 kelajuan manual dan 5 unit 8 kelajuan M Steptronic
- Warna: Black Sapphire Metallic
- Suspensi: M Performance dengan spring merah (rendah 20 mm)
- Rim: M Performance Jet Black depan 20 inci, belakang 21 inci
- Dalaman: Tempat duduk sport hitam, bolster merah, jahitan merah, bumbung suria
- Ekzos: Akrapovič khas
- Kuantiti: 10 unit eksklusif untuk Afrika Selatan
BMW M2 Coupé RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW M2 Coupé RR Edition
BMW M 1000 RR M2 Edition
BMW S 1000 RR M2 Edition























