• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini

#Spyshot: Inilah Koleksi Foto Bocor Perodua Ativa Menjelang Pelancaran 3 Mac Ini

March 1, 2021 By AO Leave a Comment

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH banyak kita terima foto bocor Perodua Ativa versi lebih jelas dalam pelbagai sudut. Nampaknya, masing-masing sudah hendak melihat rupa sebenar kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua paling moden itu.

Seperti ramai tahu, memang sukar untuk kita mendapatkan foto model-model Perodua versi jelas selagi belum tiba majlis pelancaran. Paling akhir kelibat SUV Perodua itu dikesan adalah pada November 2020 di Putrajaya. Itupun dalam seragam kamoflaj yang didakwa dihantar ke Jabatan Pengankutan Jalan untuk menjalani Ujian Jenis Kenderaan (VTA).

Jadi penampakan imej-imeh terbaharu ini pastinya mengujakan dan sedikit sebanyak melegakan perasaan ingin tahu anda sebagai pembaca untuk mengetahui sosok badan SUV segmen-A itu.

BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!
BACA >>> #Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

Berbanding foto intip awal dahulu (foto atas), gambar baharu ini menunjukkan perbezaan rekabentuk rim (foto bawah). Rim sebelum ini dalam warna hitam sepenuhnya, tetapi rim baharu di bawah ini dalam dwi-tona. Rekabentuk kedua-dua rim juga berbeza.

Kami berpendapat Ativa dalam foto intip baharu di atas ini ialah varian pertengahan kerana versi premium Perodua biasanya didatangkan dengan kemasa badan dwi-tona (bumbung hitam). Rim hitam dalam foto lama itu rasanya bukan produk akhir. Lagipun Perodua belum pernah lagi mengeluarkan model dengan rim hitam penuh.

spyshot-perodua-ativa-5
spyshot-perodua-ativa-3
spyshot-perodua-ativa-6
spyshot-perodua-ativa-10
spyshot-perodua-ativa-9
spyshot-perodua-ativa-7

Namun, imej paling jelas yang turut tular di media sosial ialah bahagian bampar depan dan belakang Ativa seperti foto di atas dalam versi aksesori tambahan kit badan Gear Up,

Ramai mendakwa penampilan kit badan itu agak berlebih-lebihan, terutama rekabentuk ekzos fake di bawah bampar belakang. Apapun itu cuma kit badan edisi opsyen, dan bukan rekabentuk Ativa sebenar seperti dapat dilihat pada foto model biru (Coblat Blue). Sebagai makluman warna biru itu ialah warna khas untuk varian X dan H, iaitu model asas dan pertengahan.

Imej papan pemuka Ativa turut didedahkan. Asalnya dianggap imej lakaran, tetapi muncul pula foto sebenar seperti di bawah ini yang mengesahkan persamaan kedua-dua rekabentuk papan pemuka berkenaan. Jelas kelihatan unit infotainment, panel penyaman udara, tombol dan konsol gear, punat kawalan audio pada stereng (jenis kulit sintetik yang disulam), dan ventilator penyaman udara, termasuk palam HDMI dan USB.

Apapun jangan lupa, Perodua akan melancarkan Ativa secara digital pada 3 Mac ini jam 8.25 malam menerusi laman Facebook Perodua. Sebagai makluman, minggu lalu kami sudah dijemput pengeluar nasional itu untuk memandu uji SUV tersebut di kilang Sungai Choh, Rawang. Namun, tidak banyak maklumat yang diizinkan untuk dikongsi kepada anda.

Nak tahu apa yang lami tahu? Bolehlah klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

Perodua-D55L spyshot
spyshot-perodua-ativa-1
spyshot-perodua-ativa-2
spyshot-perodua-ativa-10
spyshot-perodua-ativa-6
spyshot-perodua-ativa-3
spyshot-perodua-ativa-5
spyshot-perodua-ativa-7
spyshot-perodua-ativa-9
spyshot-perodua-ativa-4
spyshot-perodua-ativa-5
spyshot-perodua-ativa-11

Artikel Berkaitan

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Imej Intip, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, Perodua Ativa (2021), Roda4, Spyshot, SUV, SUV Segmen-A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my