• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

#Spyshot: Kembar Perodua D55L dikesan di Indonesia?

December 4, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAIHATSU dan Toyota menyedari pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kini sedang meningkat naik di pasaran Asean dan berpotensi dijadikan sasaran jualan utama produk masing-masing.

Justeru, tidak hairan banyak pengeluar menghasilkan model di bawah segmen itu, misalnya Toyota menerusi Yaris Cross, Daihatsu (Taft) dan jika produk kembar ToyoDai, ada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky baharu.

Seperti kita tahu, Rocky bakal memasuki pasaran tempatan menggunakan kod nama D55L di bawah Perodua.

D55L sebelum ini dikatakan bakal dilancarkan pertengahan tahun ini, tetapi ditangguhkan berikutan krisis Covid-19, dan dijangka debut tahun depan. Rekabentuk badan berkotak dan maskulin model itu dikatakan berbeza daripada Rocky.

Terbaharu, SUV tersebut dikesan sedang diuji di Indonesia dengan badan ditutup kamoflaj putih dan bumbung berbonjol seakan antena sirip yu. Seperti mana kita tahu, (Daihatsu) Rocky ialah kembar (Toyota) Raize.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin mengesahkan D55L dijana enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm, manakala transmisi D-CVT dengan fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) yang memberikan keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api (merujuk spesifikasi Raize).

SUV baharu Perodua itu, juga disebut Kembara baharu, dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), sama seperti Raize yang dilancarkan di Jepun, November tahun lalu.

Jadi apakah pendapat anda, adakah Indonesia terlebih dahulu melancarkan model tersebut sebelum Malaysia? Kita nantikan tahun depan.

BACA >>> Daihatsu Siapkan Produk Lawan Jimny Disember 2021
BACA >>> #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

SUMBER: Autonetmagz

Artikel Berkaitan

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Rocky, foto spyshot, Kenderaan Utitili Sukan (SUV), Perodua, Perodua D55L, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri
    Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri
  • KTMB Sedia 912 Tiket Khas Balik Pantai Timur Sempena Aidiladha
    KTMB Sedia 912 Tiket Khas Balik Pantai Timur Sempena Aidiladha
  • #BikinKereta: Hiload 6x6 RIV - Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV
    #BikinKereta: Hiload 6x6 RIV - Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV
  • Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023) Cuma Ada Tiga Unit Sahaja
    Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023) Cuma Ada Tiga Unit Sahaja

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my