• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

#Spyshot: SUV Moden Pertama Perodua Dah Nampak di Putrajaya!

November 11, 2020 By AI Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Kami menerima satu foto intip daripada pembaca kami yang diramalkan sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu Perodua dengan kod nama D55L.

Model SUV itu, yang sebelum ini dikatakan bakal dilancarkan pertengahan tahun ini, ditangguhkan berikutan krisis pandemik Covid-19. Seperti pemerhatian sebelum ini, Perodua biasanya memberikan laluan kepada pesaingnya, Proton sebelum melancarkan model baharu.

Pengeluar nasional kedua itu juga cenderung mengambil pendekatan berahsia mengenai maklumat model-model baharu jenama tersebut.

Foto intip itu dikesan di luar ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya atas treler. Walaupun ditutup seragam kamoflaj, tetapi jelas tertera alamat laman web Perodua pada kenderaan tunda itu yang memberi petanda itu model terbaharu Perodua.

Kami jangka model itu diserahkan untuk ujian menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) sebelum dilancarkan secara rasmi. Ini bermakna pelancaran D55L semakin hampir, dijangka awal tahun depan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin mengesahkan model itu akan dijana enjin 3-silinder 1KR-VET 1.0L Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api (merujuk spesifikasi Toyota Raize).

SUV baharu Perodua itu, yang disebut sebagai Kembara baharu, dikatakan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) sama seperti Toyota Raize yang dilancarkan di Jepun November tahun lalu.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?
BACA >>> #Videotomotif: Dua Pemilik Ini Kongsi Cerita Sebab Apa Pilih Perodua Myvi?

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: foto spyshot, Perodua, Perodua D55L, Roda4, SUV Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my