Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

Abang HirataBy Abang Hirata22/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOYOTA RAV4 generasi kelima pernah ditawarkan di pasaran tempatan, tetapi harga yang hampir mencecah RM200,000 menjejaskan permintaan model itu.

Kini, RAV4 memasuki generasi keenam selepas dilancarkan pada Mei 2025 dan tampil dengan trenkuasa elektrifikasi sepenuhnya.

Selepas pengenalan model hibrid, Toyota Motor Corporation (TMC) kini melancarkan varian hibrid plug-in (PHEV) Toyota RAV4 PHEV di Jepun dengan jarak pemanduan elektrik sangat menarik, iaitu 150km.

Model ini dijadualkan mula dijual secara rasmi pada 9 Mac 2026 dalam dua pilihan varian utama, Z yang tampil sofistikated, dan varian GR Sport yang menumpukan kepada aspek pemanduan dinamik.

Dibangunkan berasaskan konsep ‘Hidup adalah Pengembaraan’ (Life is an Adventure), RAV4 generasi keenam itu mengekalkan identiti rekabentuk yang solid dan berkuasa bagi memenuhi pelbagai gaya hidup pelanggan.

Trenkuasa PHEV Generasi Baharu

Toyota RAV4 PHEV menggunakan sistem PHEV generasi baharu yang kali pertama diperkenalkan Toyota.

Sistem itu dibina atas platform hibrid yang cekap tenaga dengan integrasi bateri kapasiti besar yang baru dibangunkan.

Nadi penggerak utama kenderaan itu adalah enjin petrol 2.5L Dynamic Force (A25A-FXS) yang digabungkan dalam sistem hibrid selari.

Gabungan enjin dan motor elektrik tersebut menghasilkan output maksimum sebanyak 329ps (242kW).

Penggunaan semikonduktor silikon karbida (SiC) pada unit kawalan kuasa (PCU) membantu mengurangkan kehilangan tenaga, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem secara keseluruhan.

Jarak Gerak Elektrik, Kecekapan Tenaga

Antara peningkatan paling ketara model itu adalah jarak gerak dalam mod kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Hasil peningkatan kapasiti bateri, RAV4 PHEV kini mampu bergerak sejauh kira-kira 150km dengan sekali cas penuh mengikut ujian dalaman Toyota.

Jarak itu adalah peningkatan besar berbanding model konvensional sebelum ini yang mencatatkan sekitar 95km.

Keupayaan itu membolehkan pemanduan sifar emisi dilakukan untuk kebanyakan aktiviti harian daripada berulang-alik ke tempat kerja hingga perjalanan jarak dekat.

Sistem Bekalan Kuasa Luaran, Kecemasan

Toyota RAV4 PHEV juga boleh berfungsi sebagai sumber kuasa mudah alih yang boleh digunakan untuk aktiviti luar.

Selain soket di bahagian kargo, tersedia penyambung kuasa kenderaan yang boleh disambungkan pada port pengecasan untuk dijadikan soket kuasa luaran 100V dengan output sehingga 1,500W.

Dalam situasi kecemasan seperti terputus bekalan elektrik atau bencana alam, Toyota RAV4 PHEV boleh membekalkan kuasa elektrik.

Melalui mod HV Power Supply, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu boleh membekalkan elektrik selama kira-kira 6.5 hari dengan beban 400W bermula bateri dan tangki minyak penuh.

Jika mod Power Supply Time Priority dipilih, tempoh bekalan elektrik boleh dilanjutkan sehingga kira-kira 7 hari.

RAV4 GR Sport Lebih Dinamik

Toyota turut menambah varian GR Sport ke dalam barisan RAV4 untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih responsif.

Varian itu menerima sentuhan daripada siri kereta sport GR melalui penambahbaikan struktur yang mana bateri pacuan digunakan sebagai komponen pengukuh untuk meningkatkan ketegaran badan dan merendahkan pusat graviti (CoG) kenderaan.

Aspek pengendalian dipertingkat melalui penggunaan damper dan pendakap prestasi GR Performance Dampers dan GR Braces yang berfungsi mengurangkan herotan badan serta meningkatkan kestabilan.

Selain itu, sistem stereng kuasa elektrik (EPS) ditala khas mengikut mod pemanduan Normal dan Sport untuk memberikan maklum balas stereng lebih tepat.

Rekabentuk Luaran, Aerodinamik

Bagi varian Z, Toyota memberikan kemasan hitam piano pada bahagian bampar depan, bawah badan dan gerbang roda untuk penampilan lebih premium.

Rekabentuk luaran varian GR Sport pula mengutamakan fungsi aerodinamik melalui spoiler bibir depan dan spoiler belakang jenis sayap.

Rekabentuk ini sudah diuji melalui analisis komputer (CFD) dan ujian terowong angin bagi menghasilkan daya mendap (downforce) yang seimbang antara bahagian depan dan belakang.

Ini memastikan kestabilan kenderaan kekal optimum pada kelajuan rendah, sederhana atau tinggi.

Spesifikasi, Harga Toyota RAV4 PHEV Jepun 2026

  • Trenkuasa: 2.5L Series Parallel Plug-in Hybrid System (A25A-FXS)
  • Sistem Pacuan: E-Four
  • Transmisi: e-CVT
  • Output Maksimum Sistem: 329 ps
  • Jarak Mod BEV: 150 km
  • Output Bekalan Kuasa Luaran: 1,500W (Maksimum)
  • Harga Varian Z: 6,000,000 Yen (RM151,440)
  • Harga Varian GR SPORT: 6,300,000 Yen (RM159,012)
  • Lokasi Pengeluaran: Kilang Takaoka dan Kilang Nagakusa, Jepun
  • Sasaran Jualan Jepun: 700 unit sebulan
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV GR Sport 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota RAV4 PHEV 2026 | Jepun
Toyota Toyota RAV4 Toyota RAV4 PHEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
    Auto Terkini

    Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.