Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Hilux Baharu Diperkenalkan – Adakah Ini Trak Pikap Pilihan Anda?
Roda4

Toyota Hilux Baharu Diperkenalkan – Adakah Ini Trak Pikap Pilihan Anda?

Abang GYLBy Abang GYL19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Hilux Baharu MAHU cari trak pikap bergaya dan versatil, Toyota Hilux baharu mungkin boleh dijadikan pilihan. Setelah sekian lama menanti, UMW Toyota Motor akhirnya memperkenalkan Toyota Hilux baharu yang tampil dengan rekaan yang lebih segar dan prestasi lebih berkuasa.

Model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang UMW Toyota Motor di Shah Alam, Selangor itu hadir dalam enam varian berbeza bersama dua pilihan enjin. Harga jualan bermula serendah RM89,900 hingga RM133,900.

HARGA: (Atas jalan termasuk insurans dan GST)

  • Toyota Hilux Double Cab 2.8G AT 4×4 – RM133,900
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4G AT 4×4 – RM121,900
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4G MT 4×4 – RM109,900
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 STD MT 4×4 – RM99,900
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 MT 2×4 – RM91,900
  • Toyota Hilux Single Cab 2.4 MT 4×4 – RM89,900

Sejak dilancarkan pada 2005, Hilux menjadi antara model terlaris Toyota di Malaysia dengan jumlah jualan melebihi 200,000 unit.

JAMINAN:

Lima tahun atau 150,000km perbatuan (mana-mana tiba dahulu).

BACA: Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Mana Satu Betul dan Ini Terma Asas yang Perlu Anda Tahu…

DUA PILIHAN ENJIN:

Toyota Hilux baharu ditawarkan dalam dua pilihan enjin Global Diesel (GD) iaitu 2.4L dan 2.8L.

Menurut Toyota, pembangunan siri enjin baharu menawarkan tork dan respon pecutan lebih baik dan pada masa sama kecekapan bahan api ditambah baik.

Walaupun memiliki saiz enjin lebih kecil berbanding sebelum ini (2.5L & 3.0L), namun output ditawarkan adalah lebih tinggi menerusi penggunaan teknologi GD baharu.

Toyota Hilux 2016_Pandulajudotcomdotmy (18)Bagi varian 2.4L, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 148hp pada 3,400rpm dan tork puncak 400Nm (1,600 – 2,000rpm). Manakala varian 2.8L pula menghamburkan kuasa 175hp pada 3,400rpm bersama tork 450Nm (1,600 – 2,400rpm).

Kedua-dua varian turut dipadankan dengan kotak gear manual dan automatik 6-kelajuan. Bagi menawarkan pengalaman pemanduan berbeza, Hilux baharu dilengkapi tiga mod berbeza iaitu Normal, ECO dan Power.

Dari aspek penggunaan bahan api pula, hasil ujian daripada Toyota Motor Corporation (TMC) menunjukkan kedua-dua varian ini adalah lebih jimat berbanding versi terdahulu. Berikut adalah catatan penggunaan bahan api bagi Toyota Hilux baharu.

  • Toyota Hilux 2.8L AT – 11.8KM/L (25 peratus lebih jimat berbanding 3.0 AT)
  • Toyota Hilux 2.4L AT – 12.2KM/L (10 peratus lebih jimat berbanding 2.5 AT)
  • Toyota Hilux 2.4L MT – 13.7KM/L (12.5 peratus lebih jimat berbanding 2.5 MT)

Toyota Hilux 2016_Pandulajudotcomdotmy (9)KERANGKA BADAN LEBIH KUAT:

Satu lagi ciri utama baharu Hilux adalah kehadiran kerangka badan dan casis yang lebih kuat. Kerangka badan Hilux dipertingkatkan dan memiliki penyerapan impak yang lebih baik.

LUARAN:

Sekilas pandang, varian 2.4L dan 2.8L tampak sama. Bagi membezakan identitinya, Hilux 2.8L dipadankan dengan lampu utama projekter LED manakala varian 2.4L menggunakan lampu halogen.

Hilux baharu dipadankan dengan lampu kabus, gril, bampar belakang, pemegang pintu dan cermin sisi disaluti krom.

Ruangan roda juga berbeza di antara varian 2.4L dan 2.8L. Bagi kesemua varian 2.4L (kecuali single cab), ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17-inci yang dibaluti dengan tayar Terrain 265/65R17.

Bagi varian 2.8L pula dilengkapi rim bersaiz 18-inci bersama tayar Highway Terrain 265/60R18.

Toyota Hilux 2016_Pandulajudotcomdotmy (20)DALAMAN

Ruang dalaman kedua-dua varian tampak lebih menarik berbanding versi terdahulu.  Ruangan papan pemuka tampak ringkas dan mewah dengan kehadiran audio dengan skrin sesentuh 6.1 inci yang dihubungkan dengan enam unit pembesar suara. Ia juga didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci bersama butang penghidup enjin.

Paparan meter pula tampak sama seperti yang digunakan pada Toyota Camry dengan kehadiran skrin TFT MID bersaiz 4.2 inci.

CIRI KESELAMATAN TERKINI:

Biarpun dikenali sebagai trak pikap, aspek keselamatan tidak dilupakan. Toyota Hilux baharu dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (HAC), Kawalan kestabilan Kenderaan (VSC), tujuh beg udara,  (2.8G), ISOFIX dan Trailer Sway Control (TSC).

Toyota Hilux 2016_Pandulajudotcomdotmy (30)MANAKAH PILIHAN ANDA:

Sudah pasti, pengenalan Toyota Hilux baharu ini bakal memberi saingan kepada segmen trak pikap sedia ada. Persoalannya, antara Toyota Hilux baharu, Ford Ranger, Mazda BT-50, Chvrolet Colorado, Nissan Navara dan Mitsubishi Triton, manakah pilihan hati anda? Tepuk dada tanya selera.

Toyota Hilux Baharu
Toyota Hilux 2016
Toyota Hilux 2016
Toyota Hilux 2016
Chvrolet Colorado Ford Ranger Mazda BT-50 Mitsubishi Triton Nissan Navara Toyota toyota hilux 2016 Toyota Hilux Baharu Trak pikap UMW Toyota Motor
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.