Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Hiace (2019) Serba Baharu, Ada Bonet Lancar Tahun Ini?
Auto Terkini

Toyota Hiace (2019) Serba Baharu, Ada Bonet Lancar Tahun Ini?

Han OthmanBy Han Othman07/01/20199 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA khabarnya bersedia menggantikan van Hiace yang sudah berusia 14 tahun dengan model serba baharu tahun ini. Model Hiace dan Hiace Commuter generasi keenam itu dijangka mendapat rekabentuk baharu dengan enjin turbo untuk diesel dan petrol yang dipertingkat, dan opsyen transmisi automatik 6-kelajuan baharu bagi menggantikan trenkuasa lama.

Paling ketara, Hiace (2019) akan dibezakan dengan kehadiran muncung atau hidung pada bonet yang secara tidak langsung menambah ciri keselamatan van tersebut berbanding rekabentuk tradisional. Rekabentuk baharu kali ini nampaknya mengikut trend van semasa seperti  Ford Transit, Hyundai iLoad dan Renault  Trafic.

BACA >>> Toyota Hiace (2015) Lebih Banyak Ciri Keselamatan

FORD TRANSIT
HYUNDAI ILOAD
RENAULT TRAFIC

Menggantikan rupa model sedia ada, rekabentuk depan Hiace (2019) akan meniru ProAce (seperti foto galeri bawah), iaitu versi rebadge Peugeot Expert dan Citroen Dispatch generasi ketiga yang dilancarkan untuk pasaran Eropah pada 2016.

Enjin baharu Hiace bakal memuatkan enjin diesel yang sama digunakan Hilux dan Fortuner, iaitu 4-silinder 2.8L turbodiesel (174hp, 420Nm) dan manakala versi petrol menggunakan enjin Hiace dan Hilux WorkMate sekarang, 4-silinder 2.7L petrol (163hp, 245Nm). Di pasaran lain, enjin turbodiesel 2.5L dan 3.0L turut ditawarkan bersama 2.2L petrol.

Juga ada desas-desus mengatakan Hiace (2019) akan didatangkan dalam opsyen varian pacuan roda belakang (RWD) dan semua roda (AWD), bergantung kepada pasaran.

Perubahan bentuk badan secara langsung menambah panjang Hiace (2019), dan media Jepun CarSensor menjangka panjang keseluruahn 4,790mm (lihat gambar atas, model bawah) untuk varian SWB. Jarak roda atau wheelbase bertambah lebih kurang 415mm kepada 2,985mm, manakala tinggi dikurangkan 15mm kepada 1,965mm.

Berdasarkan peraturan rekabentuk Jepun, Hiace (2o19) akan mengekalkan lebar sedia ada, 1,800mm. Panjang jarak roda juga boleh jadi sepanjang 5,265mm.

Dimensi ruang kargo dan kapasiti beban belum diumumkan, tetapi diramalkan mengalami pertambahan sederhana berikutan perubahan saiz badan. Akses ruang kabin juga akan jadi lebih mudah untuk keluar dan masuk, termasuk menawarkan lebih ruang keselesaan dan keselamatang untuk penumpang.

HIACE EDISI KHAS

Pada awal tahun lalu, Toyota melancarkan Hiace edisi khas sempena ulang tahun ke-50 model itu di Jepun dengan dilengkapkan ciri Toyota Safety Sense. Jadi memang ada potensi besar Hiace (2019) juga dilengkapkan dengan ciri sama, terdiri daripada Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan lain-lain.

Hiace sedia ada mendapat rating 4-bintang dalam ujian perlanggaran ANCAP di Australia pada 2011, tetapi tiada ujian dilakukan Asean NCAP. Jadi, ada kemungkinan van tersebut akan mendapat rating lebih tinggi.

BACA >>> 5 Kereta Bajet untuk Mereka yang Baru Hendak Mula Berniaga

Apapun, setakat ini tidak dapat dipastikan adakah Hiace (2019) berada dalam senarai model baharu UMW Toyota tahun ini. Harga juga masih menjadi rahsia. Tetapi jika mengambila kira model sekarang, Hiace dijual pada harga bermula RM98,000, dalam varian van panel 2.5L Turbo Diesel.

SUMBER: Motoring

Hiace Toyota Toyota Hiace Toyota Hiace (2019) Toyota ProAce Van van komersil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

9 Comments

  1. Rashid on 21/04/2019 23:43

    waiting for this model

    Reply
  2. Rashid on 21/04/2019 23:44

    when launching in malaysia ?

    Reply
  3. Safiyyah on 15/06/2019 23:48

    When will be launch in Malaysia?

    Reply
  4. Hafizah on 29/07/2019 14:04

    Ada ke model nie akan dibawah msuk.ke msia, tmkasih.

    Reply
  5. Jalil on 03/12/2019 18:11

    Apa pasal lambat masuk malaysia van hiace model terbaru.. Negara jiran dah lama guna dah.. Kata malaysia maju..

    Reply
  6. Jumah Jailani on 01/01/2020 10:36

    Bila hiace ni akan di pasarkan di malaysia, negara lain dah guna lama dah, takkan malaysia nak tunggu negara lain guna new model baru nak masuk model ni

    Reply
  7. Azmi on 02/03/2020 23:35

    Model yang dinanti nantikan.

    Reply
  8. Agus hanifianto on 11/08/2020 22:26

    Saya minat Toyota grandia GL automatik

    Reply
  9. Mohd Zulasmuee Bin Mustafa on 15/08/2020 22:09

    Toyota Malaysia UMW Tolong Buat Masuk Hiace Commuter Yg Saiz Besar & Lebar Sama Dengan Hiace Thailand . Indonesia & Singapore
    Jangan Dok Buat Masuk Hiace Kecut Macam Model Sebelum Ni…
    Rakyat Malaysia Pun Nak Selesa & Mampu Beli…
    Van Cina Boleh Plak Masuk lebar…
    #KamiPeminatVanHiaceMalaysia
    #KamiNakHiaceCommuterWindowVanLebar
    #Hiace2020

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.