• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Hiace 2015 Lebih Banyak Ciri Keselamatan

Toyota Hiace 2015 Lebih Banyak Ciri Keselamatan

March 5, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Hiace Window VanSEKIRANYA anda sedang tercari-cari model van yang selesa dan selamat, Toyota Hiace 2015 mungkin adalah pilihan terbaik. Ini kerana UMW Toyota baru saja memperkenalkan model Hiace 2015 yang menerima penambahbaikan dari segi keselamatan.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu Hiace Window Van dan Panel Van, berikut adalah senarai penuh harga atas jalan bagi model Hiace 2015.

HARGA:

  • Toyota Hiace High Roof Window Van 2.5 TURBO (D): RM109,600
  • Toyota Hiace High Roof Window Van 2.7 (P): RM102,600
  • Toyota Hiace Panel Van 2.5 TURBO (D): RM87,600

Selaras dengan polisi Toyota yang mahu menjadikan aspek keselamatan sebagai keutamaan dalam kesemua produknya, antara penambahbaikan keselamatan diterima pada Hiace Window Van adalah:

  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) bersama Kawalan Traksi (TRC)
  • Kawalan Bantuan Daki Mula (HAC)
  • Emergency Stop Signal
  • Pengesan Undur

Hiace PanelBagi model Panel Van pula, ia dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Bantuan Brek (BA). Manakala kehadiran dua beg udara bersama tali pinggang keselamatan 3-poin menjadi ciri keselamatan standard pada kedua-dua model ini.

Dari aspek mekanikal, Hiace 2015 masih mengekalkan penggunaan 'jantung' yang sama iaitu enjin petrol 2.7L 16 injap DOHC dengan VVT-i (Variable Valve Timing – intelligent) atau diesel D-4D 2.5L DOHC commonrail turbo diesel.

Toyota Hiace 2015 turut hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau 100,000km had perbatuan (mana tiba dahulu).

Artikel Berkaitan

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Toyota hiace 2015, Toyota Hiace High Roof Window Van 2.5 TURBO, Toyota Hiace High Roof Window Van 2.7, Toyota Hiace Panel Van 2.5 TURBO, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my