Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota 86 GT Black Limited – Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited
Roda4

Toyota 86 GT Black Limited – Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

Abang HirataBy Abang Hirata23/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA 86 tidak dibangunkan untuk kelajuan ekstrem, tetapi keseimbangan sebagai kereta sport harian. Ia kereta untuk mereka yang mahu menikmati pemanduan. 86 juga menandakan kehadiran semula Toyota pada era lalu yang mana tidak lama kemudian pengeluar itu memperkenalkan pula Supra A90.

Bermula 12 Mac hingga 16 April ini, Toyota membuka tempahan atas talian untuk 86 GT Black Limited sebagai model tribut GT APEX Black Limited yang pernah dikeluarkan pada Januari 1986 sebanyak 400 unit sahaja. Itu ialah model spesial terakhir AE86 Sprinter Trueno, atau nama glamor ‘Hachiroku’.

BACA >>> Toyota 86 British Green Limited Edisi JDM yang Serba Istimewa

Dari situ boleh dilihat dua warna GT, iaitu crystal black silica dan tembaga 86 pada model terbaharu. Rim aloi 17 inci berwarna tembaga yang jelas kelihatan brek cakera Brembo, manakala absorber berjenama Sachs. Bahagian belakang dipasangkan spoiler hitam dan di bawah ada penutup lantai yang turut melindungi tangki minyak.

Ruang kabin mengetengahkan warna hitam dengan sulaman ‘Black Limited’ di depan penumpang sisi. Kerusi dibalut kulit dan Alcantara dan dilengkapkan ciri pemanas. Satu lagi bahan istimewa ialah Grand Luxe, seakan sued pada beberapa bahagian papan pemuka.

Model istimewa ini dijana enjin 2.0L Boxer FA20 dan Toyota hanya mengeluarkan 86 unit sahaja yang dibahagikan sama rata untuk pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 6-kelajuan Speed Sport-6 Direct Shift.

86 GT Black Limited dijual pada harga 3,518,600 yen (RM139,300) untuk manual dan 3,586,000 yen (RM141,970) untuk automatik.

BACA >>> Toyota 86 Hakone Edition, dari Jepun ke Amerika Sempena Tribut Nama Jalan Hebat!

GALERI
Hachiroku Roda4 Toyota Toyota 86 Toyota 86 GT BLACK LIMITED Toyota AE86 Sprinter Trueno Toyota GT APEX Black Limited Toyota Sprinter Trueno GT APEX Black Limited
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.