Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota 86 Hakone Edition, dari Jepun ke Amerika Sempena Tribut Nama Jalan Hebat!
Roda4

Toyota 86 Hakone Edition, dari Jepun ke Amerika Sempena Tribut Nama Jalan Hebat!

Abang HirataBy Abang Hirata03/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Februari lalu, kami pernah siarkan berita tentang Toyota 86 edisi terhad dengan warna ‘British Green Limited’ yang dibuat khas untuk pasaran Jepun.

Kehadiran model ini memang unik dan kontradiksi, sebuah kereta buatan Jepun, tetapi berwarna hijau British dan dijual eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja. Tiga bulan selepas Jepun, nampaknya 86 istimewa ini ‘terlepas’ pula ke Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Toyota 86 TRD Edisi Khas (2019) dengan Brek Brembo, Kit Badan Sporty – 1,418 Unit

SEMPENA JALAN HEBAT DI JEPUN

Ini kerana Toyota bakal memperkenalkan 86 Hakone Edition untuk pasaran AS, tetapi kali ini sebagai model tribut untuk salah satu jalan terhebat dan indah di dunia – Hakone Turnpike.

Hakone Turnpike terletak kira-kira dua jam dari barat daya Tokyo dan menjadi jalan idaman ramai pemandu. Berbanding warna British Green Limited, nama rasmi warna model edisi terhad ini ialah ‘Hakone Green’ dengan tampil anggun dan penuh misteri bersama rim aloi 17 inci warna gangsa dan spoiler hitam.

KEMASAN KHAS

Ruang dalaman kereta dilengkapi kerusi sport balutan Alcantara hitam dan perehat lengan warna perang dan sulaman hitam. Kelihatan logo Toyota 86 disulam di sebelah kanan papan pemuka, manakala stereng, penutup brek tangan dan penukar gear dikontraskan dengan sulaman perang.

Kemasan pintu, pad lutut dan pelindung meter pula hadir dengan sulaman hitam. Karpet but juga mempunyai logo 86. Malah, setiap pembeli 86 Hakone Edition akan menerima sepasang sarung kunci perang, dan penutup folio dengan logo 86 dan sulaman hitam.

Toyota 86 Hakone Edition ialah versi baharu 86 GT di AS Pembeli ditawarkan dua versi transmisi: automatik atau manual 6-kelajuan untuk enjin 2.0L berkuasa 205hp.


Ciri standard 86 Hakone Edition ialah lampu depan LED, lampu kabus LED, fender depan dengan penjana vortek, penutup bawah kereta aerodinamik, stereng dengan kawalan audio bersepadu dan paparan multi info.

Buat penggemar Malaysia, walaupun 86 istimewa ini hanya dipasarkan di Jepun dan AS, usah risau kerana kebiasannya ada pengimport bebas yang akan membawanya masuk model ini dari Jepun ke Malaysia. Berbanding prestasi, 86 Hakone Edition lebih sesuai untuk disimpan sebagai barangan pengumpul.

BACA >>> Toyota Corolla GR Sport (2019) yang Sporty, Minimalis dan Ada Kelas!

GALERI
Hakone Turnpike Roda4 Toyota Toyota 86 Toyota 86 Hakone Edition Toyota GT86
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.