Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Teringin Tunggang Motor Besar? Fikir Dahulu Tentang 5 Kesilapan Tipikal Ini
Roda2

Teringin Tunggang Motor Besar? Fikir Dahulu Tentang 5 Kesilapan Tipikal Ini

ZYBy ZY20/10/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMILIKI ‘motor besar’ seperti superbike, sportbike, atau apa saja jentera berkuasa tinggi memang satu pelaburan. Anda sanggup membayar mahal berbanding pemilik motosikal lain semata-mata demi kepuasan tunggangan maksimum, ataupun mahu menampakkan sosok diri sebagai individu berjaya di mata keluarga dan rakan-rakan.

Jadi, sama seperti pelaburan lain yang bersifat kewangan (Forex, MLM atau sewaktu dengannya), sudah tentu anda mahukan pulangan setimpal. Namun,kerap pula pemilik jentera berkuasa tinggi menganggap pelaburan mereka itu tidak berbaloi kerana tidak berpuas hati dengan kondisi motosikal. Lebih teruk, berisiko membawa mudarat pula!

Agaknya kenapa jadi begitu?

BACA >>> 10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan

1. BUAT PILIHAN BERASASKAN POPULARITI SEMATA-MATA

Tak kenal superbike ni? Cuba tanya jiran sebelah

Kawasaki Z800, Honda Rabbit, Yamaha R1 atau Ducati adalah antara nama besar dan popular dalam arena jentera berkuasa tinggi. Sebutkan salah satu jentera tersebut, maka keluarga, rakan taulan ataupun mana-mana gadis yang anda jumpa di kedai kopi hipster, pasti pandangan dan tanggapan mereka terhadap anda akan berubah ke arah sesuatu yang positif. Ya, jika mementingkan imej, anda memang tidak tersilap langkah memilih jenama-jenama popular itu.

Tetapi kesilapan  memilih berasaskan populariti turut mampu menjerumuskan ke dalam lembah kesilapan seterusnya.

2. TIDAK BUAT KAJIAN KOS BAIK PULIH DAN SENGGARA


Kemudahan pinjaman untuk memiliki jentera berkuasa tinggi lebih mudah dengan tawaran pakej ‘tanpa deposit’ dan kadar faedah rendah. Namun, itu semua sama sekali tidak menjadikan anda layak memiliki motosikal jenis itu.

Walaupun gaji kasar melayakkan anda meminjam (itupun selepas dicatu segala makan dan minum), tetapi ingat, anda TIADA PINJAMAN untuk cukai jalan, insurans, servis berkala dan semestinya petrol yang mana semua kos berkenaan hampir menyamai kos pemilikan sebuah kereta.

Kerap berlaku situasi pemilik superbike (yang mudah terpengaruh dan berfikir pendek), hanya mengira pendapatan sekadar cukup bayar ansuran bulanan. Faktanya, mereka tidak mampu menampung kos servis untuk jangka masa panjang.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

Sudahnya hal penjagaan jentera terabai. Tayar dibiarkan botak, minyak enjin tidak ditukar, rantai tidak diganti dan lain-lain yang bukan saja membuatkan kos jual semula menjadi rendah, tetapi turut mengundang risiko bahaya apabila ditunggang.

3. PILIH ERGONOMIK MOTOSIKAL TIDAK SESUAI


Apabila pemilihan disandarkan kepada populariti semata-mata, pemilik kerap mengabaikan faktor ergonomik. Maksudnya, ergonomik sangat penting dalam menentukan postur dan posisi badan, apatah lagi jika penunggang sudah berusia dan tahap kesihatan pula pada paras sederhana.  Majoriti pemilik jentera berkuasa tinggi berkemampuan adalah sekitar 40-an.

Contohnya, superbike popular, Yamaha R1 dan Ducati Panigale memerlukan penunggang membongkok ketika menembusi kelajuan tinggi dan postur tersebut agak membebankan tulang belakang mereka yang berusia, terutama jika tidak biasa bersenam.

Tidak kurang juga dalam kelajuan biasa atau rendah, di mana posisi hendal rendah turut membebankan dan menyakitkan pergelangan tangan. Sudahnya, anda bukan saja tidak dapat menikmati potensi sebenar superbike, tetapi dapat pula macam-macam penyakit.

4. GOPOH NAIK TARAF KUASA TANPA KEMAHIRAN

Tidak seperti di negara maju, jentera berkuasa tinggi (termasuk bersesaran 250cc) boleh dikategorikan sebagai jentera mewah. Jadi, bagi yang mudah mendapat pinjaman, mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk memiliki jentera superbike impian selagi masih layak meminjam. Walhal, jentera tersebut di luar kemahiran tunggangan mereka.

Memang benar boleh belajar menunggang superbike impian anda itu perlahan-lahan. Hakikatnya, jentera berkuasa tinggi bukan mudah ditawan. Walaupun teknologi terkini sedikit sebanyak membantu, tetapi tanpa asas kemahiran kukuh, kesilapan yang sedikit bakal menyakitkan akaun bank anda untuk tempoh masa panjang (itupun jika masih bernafas).

Jika anda antara golongan yang terburu-buru itu, seeloknya cuba luangkan masa dan sedikit wang untuk menyertai kelas latihan pengendalian superbike seperti The School of Knee Down yang biasa diadakan di litar Elite Speedway, USJ.

5. ABAIKAN KESELAMATAN


Kesilapan kedua hinggalah keempat di atas akan bertambah teruk apabila digabungkan dengan kesilapan kelima – iaitu menunggang tanpa kelengkapan perlindungan mencukupi. Bak kata penunggang mat saleh sana – SQUID (sotong).

Bukan tidak mampu, kerana kelengkapan asas seperti helmet fullface, jaket dan sarung tangan adalah antara aksesori yang diberi percuma atau sebagai pakej awal pembelian. Namun, alasan yang kerap diberikan, tidak mahu disindir rakan.

Faktanya, menunggang jentera berkuasa tinggi sememangnya  mendedahkan anda kepada bahaya kemalangan berbanding penunggang motosikal lain. Jadi, jangan sesekali berkompromi dalam hal keselamatan. Jika kemalangan, anda juga yang bakal tanggung sengsara, dan bukan orang lain.

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!

kesilapan tipikal pemilik motor besar motor besar motosikal roda2 sportbike superbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

08/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

08/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
Auto Terkini

G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

07/07/2026

1 Comment

  1. ahmad nizuan on 14/06/2020 07:09

    very good comment

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.