Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap
Autotainment

Tentang Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang Lebih Maju dan Cekap

TalibBy Talib22/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWALAN Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) adalah perkembangan baharu dalam teknologi pemanduan automatik. Kini banyak pengeluar dunia sudah sedia melengkapkan sistem ini pada produk masing-masing bagi meningkatkan kebolehpasaran dan menambah baik aspek penjimatan bahan api.

ACC berfungsi mengekalkan halaju, sama seperti teknologi kawalan jelajah (cruise control) konvensional, tetapi dengan tambahan ciri menetapkan jarak selamat dengan kenderaan depan. Jarak selamat dimaksudkan itu adalah dalam julat 1-4 saat di belakang kereta depan.

Sesetengah model kereta, pemandu boleh menetapkan jarak sendiri. Selalunya sistem ACC dipasangkan bersama sistem amaran perlanggaran depan (FCW). Namun ramai pemandu terlupa yang sistem ACC tidak mengawal sepenuhnya fungsi kawalan halaju kenderaan mereka. Malah, ACC tidak mampu berhenti sendiri sekiranya ada kenderaan lain tiba-tiba memasuki laluan memandu anda secara mengejut.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Keselamatan Jelajah (Cruise Safety)?

BAGAIMANAKAH ACC BEKERJA?

Ciri ACC Proton X70 dikombokan bersama Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan bantuan 9 sensor dan 5 kamera.

ACC beroperasi menggunakan sensor radar untuk mengenal pasti halaju kenderaan depan dan menganggarkan kemungkinan halangan. Sensor radar itu terletak di depan kereta, biasanya di celahan gril atau bampar depan, dan tersorok. Namun, ada bukaan ruang yang optimum supaya radar dapat berfungsi sebaiknya.

Selagi tiada halangan di depan kereta, ACC akan menetapkan kelajuan seperti ditetapkan. Sebaliknya, jika ada halangan seperti kenderaan perlahan atau membrek di depan, sistem kereta akan bertindak mengurangkan halaju atau mengaktifkan sistem brek.

Sebaliknya, jika kenderaan di depan meningkatkan kelajuan atau menukar lorong, ACC akan meningkatkan kelajuan mengikut halaju dimahukan pemandu.

BACA >>> Segala Tentang ‘Cruise Control’ yang Perlu Anda Tahu

Contoh sensor radar.

ACC biasanya beroperasi pada halaju lebih 30kmj, dan sistem ini lebih maju berbanding Kawalan Jelajah konvensional kerana boleh juga beroperasi bawah halaju 30kmj. Sesetengah pengeluar sensor radar memanggil sistem ini sebagai ACC Go & Stop.

Sistem ini mampu mengawal jarak selamat dan menghentikan kenderaan sepenuhnya mengikut tetapan jarak selamat pemandu. Maksudnya, sistem ACC boleh digunakan ketika memandu dalam trafik sesak. Bagaimanapun, kawalan stereng dan brek masih perlu diberikan perhatian. Walaupun sistem ini diakui canggih, tetapi masih tetap memerlukan kawalan pemandu.

TEKNOLOGI  DI SEBALIK ACC

Jarak jangkauan sensor radar dan kamera.

Radar ACC tidak bercanggah dengan radar polis dan juga tidak dapat dikesan pengesan radar. Pengeluar akan menggunakan dua radar, untuk kawalan jarak dekat (dalam jarak 30 meter), dan jarak jauh (dalam jarak 180 meter atau selang masa 6-7 saat di lebuh raya).

Sekarang ada pengeluar yang cuma menggunakan satu radar saja yang dapat mengesan keseluruhan kawasan laluan kenderaan.

Pada awal inovasi ACC, pengeluar menggunakan sistem laser untuk mengesan kedudukan kenderaan depan. Bagaimanapun, sensor radar dipilih kerana ia berfungsi lebih baik dalam cuaca buruk, manakala kos pembuatan pula lebih kompetitif berbanding sistem laser.

BACA >>> Demo Ford: Ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Mampu Minimumkan Kesesakan Trafik

Sistem EyeSight dibangunkan Subaru menggunakan dwi kamera.

Ada juga sistem ACC yang menggunakan teknologi optikal dan contoh terbaik adalah sistem Eyesight dibangunkan Subaru. Sistem tersebut menggunakan dua kamera sebelah cermin pandang belakang dan dibantu sistem brek automatik tidak berbantu (unassisted automated braking) ketika memandu perlahan jika mengesan ada halangan berupa pejalan kaki atau kenderaan berhenti mengejut di laluan anda.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

Lihat video di bawah ini untuk mengetahui empat jenis sistem ACC terbaik:

Teknologi ACC memudahkan kerja memandu di jalan raya sesak, terutama di bandar-bandar besar dan menjelang musim perayaan. Namun, teknologi ini masih tidak dapat memberikan anda peluang melelapkan mata di jalan raya. Kawal stereng dan pastikan anda sentiasa segar!

SUMBER: DigitalTrends|Bosch|ExtremeTech.com

ACC Adaptive Cruise Control (ACC) autotainment Kawalan Jelajah Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Radar Sensor Sensor Radar teknologi teknologi automotif
Talib

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.