Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Kenapakah Angka Spidometer Lebih Tinggi Berbanding Kelajuan Maksimum Sebenar?
Roda2

Kenapakah Angka Spidometer Lebih Tinggi Berbanding Kelajuan Maksimum Sebenar?

ZYBy ZY03/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda terfikir atau berbahas di warung kopi, kenapakah meter laju atau spidometer (analog sahaja) kapcai anda memaparkan had kelajuan hingga 180kmj? Bukankah kelajuan sebenar sekitar 120kmj sahaja?

Menurut ‘pakar’ teori konspirasi, kapcai anda itu ada potensi menembusi kelajuan maksimum yang dicapai, tetapi pengeluar sengaja ‘cut off’ disebabkan desakan Kerajaan yang sayangkan nyawa rakyat jelata. Siapa percaya teori mengarut itu sila angkat tangan. 🙂

Memang benar, spidometer sama ada motosikal atau kenderaan lain, direka dengan pelbagai ciri keselamatan. Namun, apabila mengulas tentang paparan kelajuan maksimum pada spidometer, jawapan sebenarnya ialah VISIBILITI!

BACA >>> 5 Tip Ringkas untuk Penunggang Bandar, Siap Sedia Hadapi Cabaran

PENTINGKAH VISIBILITI?


Visibiliti di sini bermaksud paparan meter dibuat supaya mudah dilihat dan dibaca dengan pantas. Ini kerana kelalaian membaca spidometer ketika menunggang dalam kelajuan tinggi boleh mengakibatkan kecelakaan dalam sekelip mata.

Jadi, bagaimanakah paparan kelajuan itu membantu? Metodnya, kedudukan jarum indikator ditetapkan sekitar bahagian tengah spidometer bagi kelajuan maksimum motosikal. Ia juga bertujuan mengekalkan ciri estetika sesebuah meter.

PAPARAN BAHAGIAN TENGAH METER

Label kelajuan 80km/j-100km/j di bahagian tengah spidometer Yamaha LC135 versi 2.

Mari kita jadikan meter LC135 versi kedua sebagai contoh (gambar atas). Ramai sedia maklum, moped itu dengan mudah dapat mencapai kelajuan melebihi 80kmj hingga 120kmj. Apakah anda perasan, semua angka kelajuan tu dipaparkan sekitar bahagian tengah spidometer, dan jarum menurun mengikut putaran jam hingga 180kmj.

Faktanya, walaupun mustahil LC135 standard mampu mencecah kelajuan 180kmj, tetapi pada masa sama paparan spidometer moped tersebut jelas melengkapkan estetika rekaaan meter yang sempurna.

Tidak terhad jarum indikator kelajuan, metod sama turut digunakan meter rev enjin atau takometer (rpm), di mana posisi jarum penunjuk boleh dimanipulasi untuk tahap rev penukaran gear atau ligatan maksimum/redline.

Lihat contoh meter Yamaha FZ150i (atas kiri) yang memaparkan kombinasi spidometer dan takometer analog dengan kelajuan maksimum dan rev optimum. Kedua-dua output meter itu dipaparkan sekitar bahagian tengah meter. Gambar sebelah atas kanan pula menunjukkan ruang dan kedudukan sama digunakan Honda RS150R untuk memaparkan rev maksimum, tetapi tugasan paparan kelajuan diserahkan kepada spidometer jenis digital yang tampak lebih sporty.

BACAAN LEBIH MUDAH

Kesimpulannya, rekaan paparan spidometer bukanlah untuk menunjukkan potensi kelajuan maksimum motosikal anda. Sebaliknya membantu anda membaca meter dengan lebih mudah.

Memang tidak dinafikan ada motosikal memaparkan bacaan kelajuan yang melebihi kelajuan sebenar (Yamaha LC135 versi awal), termasuk trend terkini berupa meter digital penuh yang agak sukar dilihat dalam situasi tertentu. Namun, hal tersebut akan dibincangkan pada masa akan datang.

autotainment meter laju roda2 speedometer spidometer tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026

1 Comment

  1. Elina on 14/07/2021 15:29

    Mati-mati ingat sebab jalan kat Malaysia tak sesuai untuk speed

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.