Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?
Autotainment

#TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SECARA umum, trak pikap semakin digemari kerana menawarkan versatiliti yang tiada pada model sedan atau kenderaan utiliti sukan (SUV). Ditambah pula kondisi kabin mirip kereta dan peningkatan aspek keselesaan serta keselamatan.

Portal Steinberg Law Firm mendedahkan tiga model trak pikap utama mencatatkan 13 peratus jualan kenderaan baharu di Amerika Syarikat (AS). Ini bermakna andaian trak pikap bersaiz besar mampu meningkatkan keselamatan kepada pemandu dan penumpang tidak semestinya benar.

BACA >>> Trak Pikap Potong Tak Lepas Punca Suami Isteri Maut, Tinggalkan 3 Anak Jadi Yatim Piatu
BACA >>> Pemandu Triton ‘Stoned’ Lawan Arus Hadap Dakwaan Seksyen 302
BACA >>> Hilux Langgar Lampu Isyarat, ‘Terciduk’ Dirempuh Myvi, Axia

Laporan sama turut mendedahkan kajian agensi keselamatan AS, Institut Insurans dan Keselamatan Lebuhraya (IIHS) yang mendapati pemandu dan penumpang trak pikap berdepan risiko 2.5 kali lebih tinggi mengalami kecederaan yang mengancam nyawa jika berlaku nahas jalan raya. Benarkah?

Kenapa Trak Pikap Lebih Bahaya

Data menunjukkan trak pikap lebih berbahaya berbanding kereta, van mini dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Berikut penjelasan diberikan:

1. Lebih Mudah Terguling, Tergolek

  • Trak pikap memiliki pusat graviti (CoG) lebih tinggi berbanding kenderaan lain, termasuk SUV atau van mini. Video di atas adalah salah satu contoh, bukan sebab dilanggar Myvi ye.
  • Ini boleh menyebabkan trak pikap lebih mudah berguling, tergolek atau terbabas ketika membuat pusingan di ruang sempit atau selepas terlanggar kenderaan lain.
  • Trak pikap terbalik bukan hanya membahayakan pemandu dan penumpang, tetapi juga pengguna jalan raya lain.
2. Pandangan Terbatas

  • Walaupun pemandu trak pikap mempunyai sudut pandangan lebih tinggi berbanding pemandu lain, tetapi itu tidak semestinya menggambarkan ciri lebih selamat.
  • Pemandu trak pikap dikatakan berdepan kesukaran lebih tinggi melihat pejalan kaki dan pengayuh basikal.
  • Menurut laporan Consumer Reports, ketinggian bonet trak pikap meningkat 11 peratus sejak 2000, dan model baharu trak pikap kini bertambah berat hingga 24 peratus antara 2000 dan 2018.
3. Modifikasi Berbahaya

  • Kerja modifikasi adalah senario biasa dalamm kalangan pemilik trak pikap. Mereka biasanya membeli trak pikap untuk kegunaan tertentu dengan melakukan naik taraf mengikut tujuan tersebut.
  • Contohnya, meninggikan lagi ketinggian trak pikap. Kadangkala ketinggian tambahan itu menjejaskan sudut penglihatan sekeliling sekitar zon bawah ketika memandu.
  • Pemasangan cermin gelap (tinted), sistem audio dan modifikasi elektronik lain juga antara naik taraf biasa dilakukan yang turut meningkatkan risiko kemalangan.

Tahukah anda, di Carolina Selatan (AS), mangsa yang terlibat kemalangan dengan trak pikap boleh mengambil tindakan undang-undang lebih adil terhadap pemilik kenderaan pacuan empat roda itu.

Jika membabitkan kecederaan, mangsa boleh membuat tuntutan pampasan sama ada ke atas pemandu trak pikap, pengeluar kenderaan dan kedai modifikasi, bergantung kepada kes tertentu.

Maksudnya, pemilik dan pemandu trak pikap ada tanggungjawab di sisi undang-undang untuk menjaga pengguna lain atas jalan. Ini kerana jika pemandu trak pikap menyebabkan kemalangan, mereka boleh dipertanggungjawabkan atas kecederaan yang berlaku.

Tindakan sama juga boleh dikenakan terhadap pengeluar kenderaan jika trak pikap tidak mematuhi standard keselamatan semasa. Malah, isu jadi lebih rumit jika pemandu terlibat dalam sesuatu nahas didapati melakukan modifikasi yang boleh dikaitkan dengan kemalangan.

Dalam kes tersebut, pemandu trak, dan mekanik bengkel yang membuat ubah suai, termasuk pengeluar komponen mungkin boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecederaan mangsa menerusi saluran undang-undang.

BACA >>> Ford Ranger (2022) Generasi Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM108k!
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?
BACA >>> AS ‘Tertinggal’ 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan

SUMBER: SteinbergLawFirm

autotainmen Bahaya Trak Pikap Institut Insurans dan Keselamatan Lebuhraya (IIHS) Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4) Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.