• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?

Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?

August 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA ketika video disiar di serata dunia menunjukkan Taliban kembali berkusa di Afghanistan termasuk imej kenderaan kegemaran kumpulan tersebut, trak pikap Toyota.

Kenderaan lasak buatan pengeluar Jepun itu dikenali dengan reputasi ‘sukar musnah’  dan menjadi simbol mencurigakan pasukan tentera Taliban sekitar 1990-an dulu.

Trak pikap itu juga popular dengan beberapa kumpulan pengganas, militan dan pemberontak seperti al Qaeda dan ISIS (Daesh) dengan  kemampuan mengharungi muka bumi mencabar Afghanistan serta teguh menampung aneka senjata berat yang dipasang padanya.

Pada kali pertama kumpulan Taliban menyerbu masuk istana Presiden pada 1966, wartawan India Today menggambarkan situasi sebagai:

Kereta kebal dan trak Toyota Hilux bersenjata berlumba masuk ke ibu kota Afghanistan.”

Akhbar New York Times (NYT) pada 2001 pula melaporkan trak pikap Toyota sebagai "platform ideal untuk intimidasi dan penguatkuasaan."

Daripada Land Cruiser dan Hilux mereka, Taliban bersedia turun dan membelasah wanita kerana mendedahkan sebahagian buku lali mereka atau mengurung lelaki dalam kontena kapal selama tiga minggu hingga janggutnya tumbuh panjang. Atau mengheret individu disyaki berzina atau mereka yang mengkhufuri (Pencipta) ke stadium bola sepak untuk hukuman bunuh.”

Toyota sebenarnya sudah lama berusaha menjauhkan jenamanya daripada dikatkan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan secara terbuka menyambut baik siasatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenai bagaimana kenderaan mereka boleh berada di tangan pengganas.

BACA >>> Pembeli Land Cruiser 300 (2022) Tidak Boleh Jual Semula dalam Masa Setahun

TIDAK BOLEH JUAL SEMULA LAND CRUISER?

2022-Toyota-Land-Cruiser-6-BM-1200x747
2022-Toyota-Land-Cruiser-2-e1623294507895-BM-1200x628

Toyota tahun ini mengumumkan polisi baharu pada pelancaran Land Cruiser (2022), yang juga model paling lama dihasilkan pengeluar itu.

Apabila mula dijual di Jepun pada 2 Ogos lalu, Toyota mengumumkan, mana-mana pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) itu perlu menandatangani kontrak persetujuan untuk tidak menjual semula Land Cruiser dalam tempoh satu tahun.

Dalam satu kenyataan, Toyota mengesahkan tujuan klausa perjanjian itu dengan menjelaskan;

"(Land Cruiser) Agak popular di luar negara dan kami bimbang mengenai situasi kenderaan keluar dari Jepun ke luar negara sebaik saja memasuki pasaran serta kemungkinan dieksport ke wilayah tertentu yang ada kawalan keselamatan."

Tindakan menjual produk Toyoya kepada kumpulan seperti pemberontak Kerajaan atau pengganas boleh mengundang tindakan undang-undang.

Menurut Toyota lagi;

Ada risiko mencabul undang-undang pertukaran asing dan bergantung kepada destinasi eksport, ia mungkin membawa masalah besar yang  mengancam keselamatan global."

Bagaimanapun, kumpulan pengganas pasti ada saja cara untuk mendapatkan kenderaan kegemaran mereka itu.

SUV buatan Toyota turut menjadi kenderaan pilihan agensi kemanusiaan seperti pasukan Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejak empat dekad lalu, Toyota sudah membekalkan 150,000 unit kenderaan kepada PBB.

Kenderaan digunakan pasukan bantuan atau kecemasan di kebanyakan negara membangun juga boleh boleh jatuh ke tangan pengganas dalam pelbagai cara sama ada dicuri atau dibeli daripada pencuri dan penjual tidak sah.

BACA >>> Tesla Paling Popular YouTube Sepanjang Setahun!
BACA >>> Toyota Corolla - Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat
BACA >>> Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi
BACA >>> Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?

SUMBER: Alarabiya

Related

17.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, hilux, Kenderaan Kumpulan Pengganas, Land Cruiser, Masalah Keselamatan Trak Pikap, Taliban, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev