• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AS 'Tertinggal' 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan

AS 'Tertinggal' 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan

September 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMASA Tentera Amerika Syarikat (AS) menarik diri keluar dari Afghanistan pada bulan lalu, mereka dikatakan tidak pulang bersama semua peralatan ketenteraaan. Banyak aset ditinggalkan di negara itu termasuk beribu-ribu unit Ford Ranger dan Humvee.

Sejumlah foto dan rakaman video yang disiarkan media baru-baru ini menunjukkan kumpulan Taliban duduk di kerusi pemandu kenderaan darat yang lengkap bersenjata dan pesawat udara. Imej itu menimbulkan satu cerita yang semakin tersebar, Taliban sudah dapat aset persenjataan AS bernilai AS$83 bilion (RM344 bilion).

Malah timbul kesimpulan bahawa persenjataan AS yang berfungsi sepenuhnya dan boleh digunakan pejuang mahupun pemberontak untuk mencetuskan satu lagi kacau-bilau.

Bekas Presiden AS, Donald Trump dikatakan mengeluarkan kenyataan mendesak semua peralatan harus dituntut balik segera ke AS dan itu termasuk setiap sen daripada kos AS$85 bilion (RM353 bilion).

Portal Carscoops yang memetik laporan The Washington Post menyatakan Trump menambah nilai pada jumlah tersebut. Mungkin untuk menggenapkan angka.

Jumlah itu adalah kos perbelanjaan keseluruhan untuk Dana Pasukan Keselamatan Afghanistan sejak pencerobohan AS sejak tahun 2001.

Laporan Pejabat Akauntabiliti Kerajaan 2017 pula mengganggarkan cuma 29 peratus wang diguna untuk peralatan dan pengangkutan (antara 2005 dan 2016, termasuk kos-kos berkaitan).

Ford Ranger dan Humvees

Laporan sama mendedahkan wang pembayar cukai AS digunakan untuk membeli 76,000 unit kenderaan untuk kegunaan di Afghanistan antara 2005 hingga 2016 termasuk:

  • 43,000 unit trak pikap Ford Ranger
  • 22,000 unit Humvee
  • 900 unit kenderaan perisai MRAP

 Jumlah Ford Ranger itu dikatakan sama seperti jualan trak pikap Ranger kepada pembeli di AS sepanjang tempoh 8 bulan pertama tahun 2019.

Khabarnya, hampir 70 peratus keseluruhan aset tersebut diberi kepada Tentera Afghanistan manakala bakinya menjadi milik Polis Kebangsaan.

Tiada siapa tahu apa yang berlaku dengan semua unit Ranger tersebut. Apa yang pasti, ada kenderaan milik Tentera AS yang baru-baru ini diberi kepada Pasukan Keselamatan Afghanistan mungkin berada dalam pemilikan Taliban.

Kebanyakan aset itu yang masuk sejak bertahun-tahun lalu semasa kempen AS bermula mungkin berada di tempat pelupusan disebabkan faktor usia.

Tentera AS juga mendakwa ada melumpuhkan operasi sejumlah aset ketenteraan sebelum meninggalkan Afghanistan, termasuk pesawat, kenderaan berperisai dan sistem pertahanan roket teknologi tinggi.

BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?
BACA >>> Trak Pikap D-Max AT35 Hasil Kerjasama Tuner Arctic Trucks, Isuzu UK
BACA >>> Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc

SUMBER: Carscoops |Defenseimagery | Wikipedia

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Donald Trump, Ford Ranger, Humvee, Pejabat Akauntabiliti Kerajaan, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my