• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc

Tentera Darat Terima Aset Baharu, Motocross WMoto SXR 300cc

April 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TENTERA Darat Malaysia (TDM) semalam menerima sejumlah motocross WMoto SXR 300cc yang akan digunakan sebagai aset Op BENTENG.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen. Penyerahan motocross 300cc iru adalah perolehan mobiliti TDM bagi Fasa 2, menurut kenyataan di Facebook Tentera Darat Malaysia.

Turut diadakan sesi taklimat mengenai pengoperasian dan pengendalian motosikal yang disampaikan Pengarah Syarikat Global Mahawangsa Sdn Bhd, Datuk Cham Nong Aliap kepada Zamros.

Selepas itu, Zamros menerima replika kunci WMoto yang diserahkan Cham sebagai simbolik penyerahan aset kepada TDM. Turut hadir ialah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah dan beberapa Pegawai Kanan TDM.

Majlis berlangsung secara ringkas, tetapi patuh sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan berikutan wabak Covid-19.

SUMBER: Facebook Tentera Darat Malaysia

668
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Datuk Cham Nong Aliap, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo Abdullah, TENTERA Darat Malaysia, WMOTO SXR 300cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my