Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Itu ‘Tie Rod’ dan Apakah Fungsinya?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Itu ‘Tie Rod’ dan Apakah Fungsinya?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/10/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIE rod atau ‘rod ikat’ ialah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Mungkin anda pernah mengalami situasi memandu atas jalan lurus dan tiba-tiba kereta rasa macam teroleng-oleng atau terbelok sendiri.

Ini terjadi kerana ada komponen sudah tidak berfungsi baik dan antara bahagian rosak yang perlu diperiksa ialah tie rod.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

* Istilah Inggeris untuk komponen dikekalkan untuk memudahkan pemahaman. Harap maklum.

APAKAH ITU TIE ROD?

Keselesaan ialah faktor utama ketika memandu dan tie rod pula adalah antara komponen yang mempengaruhi ketenangan pengendalian. Jika mahu memahami aspek keselesaan, anda perlu tahu mengenai tie rod.

Tie rod ialah komponen yang terletak antara kotak gear stereng (gearbox steering) dan sendi buku stereng (steering knuckle). Ia berbentuk memanjang yang menghubungkan antara hujung rak stereng (steering rack) dengan tayar depan. Dengan kata lain, tie rod menghubungkan bahagian stereng kereta dengan tayar depan.

Rack End
Tie Rod End

Ada pelbagai bentuk tie rod dan tidak sama bagi setiap kereta, bergantung jenis dan sistem stereng digunakan. Jika menggunakan jenis rak stereng, ada dua jenis tie rod iaitu rack end (panjang) dan tie rod end (pendek).

Rack end (juga dipanggi ‘long tie rod’) ialah komponen yang dipasang dan dihubungkan pada hujung rak stereng dan disambung terus ke stereng kereta, manakala tie rod end dipasangkan terus ke bahagian roda.

APAKAH FUNGSI TIE ROD?

Kotak Gear Stereng (Steering Gearbox)
Sendi Buku Stereng (Steering Knuckle)

Seperti dijelaskan di atas, tie rod terletak memanjang antara steering gearbox dan steering knuckle. Komponen ini ialah penghubung antara bahagian stereng dan roda.

Justeru, apabila rak stereng bergerak ke salah satu arah – kiri atau kanan – maka tie rod akan menghala ke arah steering knuckle pada roda. Kesannya roda akan ikut berpusing arah yang sama.

Dengan kata lain, tie rod ialah penghubung antara rak stereng pada stereng dan steering knuckle pada roda. Operasi komponen itu pula dilengkapi komponen lain seperti sendi bebola (ball joint) yang berfungsi mengoptimumkan kerja tie rod untuk disesuaikan dengan pelbagai kondisi pemanduan.

Selain keselesaan pemanduan, ada beberapa fungsi penting tie rod seperti:

1. Menggerakkan Pusingan Roda Depan

Tie rod terletak antara hujung steering gearbox pada stereng dan steering knuckle pada roda. Apabila pemandu membelokkan stereng, maka kolum stereng akan bergerak menuju steering gearbox yang kemudian berubah kepada proses tarik dan tolak.

Gerakan itu akan diteruskan tie rod yang digunakan untuk menarik atau menolak sebahagian sisi roda depan hingga tayar bergolek atau membelok mengikut tindakan pemandu.

Setepatnya, alat ganti ini memang bergantung kepada jenis dan sistem stereng digunakan.

2. Mengatur Jarak Roda Depan

Ada dua jenis tie rod iaitu toe ke dalam (toe-in) dan toe ke luar (toe-out). Fungsi toe-in adalah menetapkan roda depan supaya boleh berpusing lurus dan stabil. Selain itu, toe-in juga bertujuan mengelak tayar haus tidak sekata. Tetapan yang dapat dibuat adalah melaraskan panjang dan pendek alur antara long tie rod dan tie rod end.

3. Peredam Getaran

Tie rod juga berfungsi meredamkan getaran daripada pusingan rod stereng. Komponen ini dilengkapi ball joint yang boleh bergerak ke pelbagai arah. Justeru, komponen ini berfungsi meredam getaran yang berlaku.

Long tie rod akan meredamkan getaran ke atas dan ke bawah roda, manakala tie rod end akan menghilangkan getaran ke kanan dan ke kiri dari roda. Dalam proses ini, gerakan naik-turun atau kanan-kiri tidak terasa sampai ke stereng.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

SUMBER: Suzuki.co.id

Auto Terkini autotainment Baik Pulih Kenderaan Komponen Kereta tahukah anda TahukahAnda Tie Rod
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026

    1 Comment

    1. Syazwan on 03/08/2023 23:58

      Apakah sebab utama tie rod end rosak??

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.