• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Tie Rod’ dan Apakah Fungsinya?

#TahukahAnda: Apakah Itu 'Tie Rod' dan Apakah Fungsinya?

October 13, 2020 By AI Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIE rod atau 'rod ikat' ialah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Mungkin anda pernah mengalami situasi memandu atas jalan lurus dan tiba-tiba kereta rasa macam teroleng-oleng atau terbelok sendiri.

Ini terjadi kerana ada komponen sudah tidak berfungsi baik dan antara bahagian rosak yang perlu diperiksa ialah tie rod.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

* Istilah Inggeris untuk komponen dikekalkan untuk memudahkan pemahaman. Harap maklum.

APAKAH ITU TIE ROD?

Keselesaan ialah faktor utama ketika memandu dan tie rod pula adalah antara komponen yang mempengaruhi ketenangan pengendalian. Jika mahu memahami aspek keselesaan, anda perlu tahu mengenai tie rod.

Tie rod ialah komponen yang terletak antara kotak gear stereng (gearbox steering) dan sendi buku stereng (steering knuckle). Ia berbentuk memanjang yang menghubungkan antara hujung rak stereng (steering rack) dengan tayar depan. Dengan kata lain, tie rod menghubungkan bahagian stereng kereta dengan tayar depan.

Rack End
Tie Rod End

Ada pelbagai bentuk tie rod dan tidak sama bagi setiap kereta, bergantung jenis dan sistem stereng digunakan. Jika menggunakan jenis rak stereng, ada dua jenis tie rod iaitu rack end (panjang) dan tie rod end (pendek).

Rack end (juga dipanggi 'long tie rod') ialah komponen yang dipasang dan dihubungkan pada hujung rak stereng dan disambung terus ke stereng kereta, manakala tie rod end dipasangkan terus ke bahagian roda.

APAKAH FUNGSI TIE ROD?

Kotak Gear Stereng (Steering Gearbox)
Sendi Buku Stereng (Steering Knuckle)

Seperti dijelaskan di atas, tie rod terletak memanjang antara steering gearbox dan steering knuckle. Komponen ini ialah penghubung antara bahagian stereng dan roda.

Justeru, apabila rak stereng bergerak ke salah satu arah - kiri atau kanan - maka tie rod akan menghala ke arah steering knuckle pada roda. Kesannya roda akan ikut berpusing arah yang sama.

Dengan kata lain, tie rod ialah penghubung antara rak stereng pada stereng dan steering knuckle pada roda. Operasi komponen itu pula dilengkapi komponen lain seperti sendi bebola (ball joint) yang berfungsi mengoptimumkan kerja tie rod untuk disesuaikan dengan pelbagai kondisi pemanduan.

Selain keselesaan pemanduan, ada beberapa fungsi penting tie rod seperti:

1. Menggerakkan Pusingan Roda Depan

Tie rod terletak antara hujung steering gearbox pada stereng dan steering knuckle pada roda. Apabila pemandu membelokkan stereng, maka kolum stereng akan bergerak menuju steering gearbox yang kemudian berubah kepada proses tarik dan tolak.

Gerakan itu akan diteruskan tie rod yang digunakan untuk menarik atau menolak sebahagian sisi roda depan hingga tayar bergolek atau membelok mengikut tindakan pemandu.

Setepatnya, alat ganti ini memang bergantung kepada jenis dan sistem stereng digunakan.

2. Mengatur Jarak Roda Depan

Ada dua jenis tie rod iaitu toe ke dalam (toe-in) dan toe ke luar (toe-out). Fungsi toe-in adalah menetapkan roda depan supaya boleh berpusing lurus dan stabil. Selain itu, toe-in juga bertujuan mengelak tayar haus tidak sekata. Tetapan yang dapat dibuat adalah melaraskan panjang dan pendek alur antara long tie rod dan tie rod end.

3. Peredam Getaran

Tie rod juga berfungsi meredamkan getaran daripada pusingan rod stereng. Komponen ini dilengkapi ball joint yang boleh bergerak ke pelbagai arah. Justeru, komponen ini berfungsi meredam getaran yang berlaku.

Long tie rod akan meredamkan getaran ke atas dan ke bawah roda, manakala tie rod end akan menghilangkan getaran ke kanan dan ke kiri dari roda. Dalam proses ini, gerakan naik-turun atau kanan-kiri tidak terasa sampai ke stereng.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

SUMBER: Suzuki.co.id

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auto terkini, autotainment, Baik Pulih Kenderaan, Komponen Kereta, tahukah anda, TahukahAnda, Tie Rod

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my