Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Anda Harus Beli Trak Pikap Isuzu D-Max 1.9L Standard (2023)
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Anda Harus Beli Trak Pikap Isuzu D-Max 1.9L Standard (2023)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

APABILA Isuzu Malaysia memperkenalkan trak pikap D-Max 1.9L ke pasaran tempatan, ia sebenarnya membuka peluang dan pilihan baharu buat golongan petani, peladang dan pengusaha kecil, termasuk usahawan yang mencari kenderaan sesuai untuk keperluan mereka.

Isuzu D-Max 1.9L yang diperkenalkan awal Julai lalu ialah trak pikap standard versi naik taraf 2023 yang menerima beberapa penambahbaikan ciri moden yang mendahului segmen itu sendiri. Semuanya dilakukan Isuzu untuk memudahkan urusan kerja, dan pemanduan harian selain meningkatkan aspek keselamatan.

Ada lima perkara menarik dan penting mengenai Isuzu D-Max 1.9L versi dipertingkat yang anda perlu tahu. Jom teliti satu persatu:

1. ADA KAMERA BELAKANG, SARAT CIRI BAHARU

  • Seperti kita ketahui, jarang sekali ada pengeluar trak pikap menyediakan kamera undur pada model standard kerana mahu mengawal kos kenderaan.
  • Lain pula cerita Isuzu Malaysia, mereka pasang kamera undur sebagai ciri standard pada model asas seperti D-Max 1.9L Standard.
  • Kamera undur disediakan benar-benar membantu pemandu mengundur kenderaan lebih selamat, sekali gus mengelak risiko kerosakan pada bahagian kargo belakang dan insiden perlanggaran dari belakang.
  • Paparan belakang akan dipamerkan pada skrin unit infotainmen 7 inci baharu yang dipasang di tengah papan pemuka.
  • Pemilik juga boleh memautkan telefon pintar pada skrin menerusi sambungan Bluetooth untuk akses muzik.
  • Ada beberapa tambahan lain, iaitu dua port USB jenis Type- A dan Type-C di konsol depan untuk mengecas telefon pintar.
  • Selain kamera, Isuzu D-Max 1.9L Standard dipasangkan bampar belakang lebih solid yang membantu memudahkan kerja memuat naik atau memunggah barang dari lapik kargo belakang.
  • Jika diperhati, Isuzu Malaysia turut menumpukan perincian kecil seperti skema warna sama pada hendal pintu dan badan kenderaan.
  • Selain aspek warna, Isuzu D-Max 1.9L turut mendapat pembaharuan lebih segar seperti rim aloi 17 inci baru, lampu utama projektor LED (versi automatik) dengan lampu susur Follow Me Home.

2. JIMAT WANG, CIRI KESELAMATAN LEBIH BAIK

  • Satu ciri pasti disukai pemandu Isuzu D-Max 1.9L ialah penggunaan bahan api lebih efisien yang pasti lebih menjimatkan kos harian.
  • Ini kerana enjin baharu digunakan adalah jenis diesel 4-silinder sebaris VGS 1.9L DOHC 16-injap dengan output kuasa 150ps (148hp) @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm yang lebih cekap bahan api dengan penggunaan sistem turbocas.
  • Penjimatan kedua ialah kadar bayaran cukai jalan lebih rendah berdasarkan sesaran enjin.

3. KADAR KEBOLEHPERCAYAAN LEBIH TINGGI

  • Ramai pengguna trak pikap sedia maklum Isuzu ialah jenama pengeluar boleh dipercayai yang memiliki reputasi tinggi.
  • Isuzu menawarkan barisan trak pikap D-Max sejak 2002 yang sudah membuktikan kehebatan sepanjang tempoh lebih 20 tahun!
  • Bagi membuktikan kenyataan itu, Isuzu D-Max 1.9L Standard diberikan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 150,000km.
  • Sebagai bonus, pemilik D-Max tidak perlu bimbang atau berdepan kesukaran mendapatkan alat ganti tulen kerana stok trak pikap ini memang mudah didapati seluruh negara.
  • Malah pusat servis Isuzu ada di banyak lokasi strategik bagi memastikan pengguna menikmati pengalaman pemilikan terbaik.

4. BERSIFAT LASAK, PERAHAN TENAGA TANPA HENTI

  • Enjin diesel 1.9L Turbo D-Max dipadankan sistem transmisi automatik 6-kelajuan dengan tiga mod pacuan, iaitu 2WD, 4WD High dan 4WD Low.
  • Tiga mod itu membolehkan pemandu mengubah cara pacuan mengikut kesesuaian pemanduan sama ada di permukaan off-road, jalan basah, kering, berlopak atau berlubang dan meredah sungai.
  • Isuzu D-Max 1.9L mampu mengharungi air dengan kedalaman 800mm dan dipasangkan pelindung bawah enjin untuk membolehkan trak itu meredah dengan selamat.
  • Varian Standard itu juga didatangkan fungsi Kunci Diferensial Belakang (RDL) untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan di laluan off-road.

5. HARGA CUKUP BERBALOI

  • Antara aspek membuatkan Isuzu D-Max 1.9L Standard menjadi pilihan trak pikap terbaik ialah harga cuma RM112,999.20 untuk versi transmisi automatik dan RM105,599.20 (manual).
  • Kos penyenggaraan juga mampu milik dan berpatutan untuk sebuah trak pikap versi asas.
  • Aspek keselamatan juga menjadi pakej menarik dengan ciri moden seperti: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Daki Bukit (HSA), Sistem Pintasan Brek (BOS), Signal Henti Kecemasan (ESS), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, kamera undur dengan empat sensor dan beg udara.

Melihat lima ciri utama dibekalkan pada Isuzu D-Max 1.9L Standard, nyata model trak pikap ini adalah kenderaan paling sesuai dimiliki pemilik perniagaan kecil, sederhana atau besar, usahawan persendirian. Apa terkandung pada trak pikap versi asas ini memang cukup berbaloi dengan harga yang dibayar. Amacam?

autotainment Isuzu D-Max 1.9L Standard (2023) Isuzu Malaysia reviu Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.