Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 4 Punca Tayar Mudah Pecah atau Meletup
Autotainment

#TahukahAnda: 4 Punca Tayar Mudah Pecah atau Meletup

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA memandu atau menunggang di lebuh raya, cebisan getah tayar yang berserakan atas jalan bukan lagi pemandangan aneh. Apabila terpandang, secara automatik terus saja kita tiba-tiba jadi lebih peka mengawal kenderaan, termasuk memperlahankan halaju memandu.

Perkara pertama terlintas dalam fikiran, itu mungkin tayar terpakai milik kenderaan berat, yang terkenal dengan istilah tayar celup.  Namun, ramai pemilik kenderaan tidak sedar tayar pecah adalah antara sebab utama kemalangan berlaku. Ia terjadi bukan hanya melibatkan lori atau treler, tetapi juga motosikal dan kereta.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tayar Pecah Ketika Memandu? 7 Tindakan Ini Mampu Selamatkan Nyawa

Ada empat punca utama yang boleh menyebabkan tayar kenderaan anda pecah, bocor atau meletup ketika sedang memandu:

1. TAYAR KURANG ANGIN, TEKANAN RENDAH

Ada orang percaya tayar boleh meletup kalau terlebih isi angin. Ini tidak semestinya benar kerana tayar yang diisi lebih had akan menyebabkan tekanan ke atas dinding tayar.

Walaupun ada peningkatan tekanan hingga 10psi, ia masih tidak cukup untuk menyebabkan tayar meletup. Bagaimanapun, ceritanya berbeza kalau tayar kurang angin. Tayar bertekanan rendah (kurang angin) boleh menyebabkan ia pecah atau meletup.

Ini disebabkan pergerakan dinding tayar yang lebih kerap, menyebabkan dawai dalam tayar mudah patah. Pergerakan dinding tayar seperti itu juga menyebabkan tayar pecah atau meletup ketika memandu, lebih-lebih lagi jika memandu laju.

2. TERLANGGAR LUBANG ATAU LOPAK JALAN

Tayar kereta atau motosikal yang terlanggar lubang jalan memaksa sistem suspensi menyerap impak perlanggaran, dan juga memberi kesan tekanan ke atas roda kenderaan.

Ketika memandu tinggi, impak dan tekanan perlanggaran boleh menyebabkan dawai dalam dinding dan permukaan tayar pecah. Ini menyumbang kepada kejadian tayar bocor atau meletup. Lebih malang jika memakai rim jenama tiruan.

3. SILAP TANAM ‘CACING’

Teknik tanam ‘cacing’ dalam tayar sebagai cara menampal tayar pancit dengan cara membesarkan lubang yang bocor juga berisiko mengakibatkan struktur gentian dawai dalaman tayar terputus.

Dalam jangka masa panjang, tayar boleh dimasuki air dan kotoran, sekali gus menghakis struktur gentian dawai tayar. Ini menyebabkan tayar cepat hilang tekanan dan angin, serta boleh meletup jika memandu laju atau memandu dalam tempoh lama.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

4. BATU KECIL TERSELIT CELAHAN TAYAR

Alur bunga tayar direka untuk menyisihkan air dan menguatkan cengkaman tayar atas jalan. Kadangkala batu jalan kecil boleh melekat dalam alur tersebut. Jika dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menjejaskan tayar dan membawa kepada hakisan gentian dawai dalam tayar.

Jadi, sila jangan lupa buat pemeriksaan tayar dan ambil masa untuk keluarkan batu-batu kecil dan objek tajam yang melekat di celahan bunga tayar.

SUMBER: Suzuki.co.id

autotainment Punca Tayar Meletup tahukah anda Tayar tayar kereta tayar motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.