Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TANPA tayar tidak lengkaplah proses pembuatan dan penampilan sesebuah kenderaan. Tanpa tayar juga sesebuah kereta itu tidak boleh bergerak. Tayar dan kenderaan bolehlah diibaratkan bagai isi dengan kuku, ataupun aur dan tebing. Masing-masing saling memerlukan.

Tahukah anda, banyak cerita menarik di sebalik sejarah pembuatan tayar. Artikel kali ini kami akan kongsikan 10 fakta menarik mengenai tayar yang mungkin anda tidak tahu.

BACA >>> #RetroAuto: John Boyd Dunlop Rintis Penciptaan Tayar Pneumatik Moden

1. Tayar Asli Berwarna Putih

  • Tayar dihasilkan menggunakan getah dan campuran kompaun lain. Disebabkan warna getah asli ialah putih, maka warna tayar ketika awal penciptaan komponen itu dulu ialah putih juga.
  • Warna tayar berubah selepas kompaun karbon hitam (carbon black) diperkenalkan dalam proses pembuatan. Selain menukar warna tayar kepada hitam, manfaat lain karbon hitam adalah menambah daya kekuatan ketahanan tayar.
2. Siapa Perkenalkan Karbon Hitam?
  • Karbon hitam diperkenalkan Crayola iaitu syarikat pembuat pen marker berwarna dan krayon. Nama asal syarikat itu ialah Binney and Smith Company, sempena nama pengasasnya Edwin Binney dan C Harold Smith.
  • Crayola menghasilkan karbon hitam untuk dakwat dan pigmen warna.
  • Pada 1904, ahli kimia SC Mote dari sebuah syarikat tayar di England menambah sedikit karbon hitam sebagai pewarna dalam pembuatan tayar. Ada mendakwa karbon hitam mungkin digunakan sebagai pengganti zink oksida yang digunakan era tersebut.
  • Pengeluar tayar Amerika Syarikat, BF Goodrich pula menjalankan eksperimen ke atas tayar hitam dan mendapati campuran karbon hitam memberikan dua kesan, iaitu perubahan warna dan menambah kekuatan tayar.
  • BF Goodrich kemudian menempah karbon hitam dalam jumlah besar daripada Crayola untuk digunakan dalam pembuatan tayar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

3. Asal-Usul Perkataan Tayar (Tire)
  • Tayar, yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris, ‘Tire’,  berasal daripada istilah attire (berpakaian). Jadi, tire ialah ‘pakaian’ bagi roda kenderaan.
4. Tayar Terbesar Dunia

  • Tayar paling besar dunia setinggi 24.4 meter (80 kaki) dan seberat 10,886kg. Buat masa ini, tayar itu berada di Allen Park, Michigan, Amerika Syarikat.
5. Tayar Jadi Jalan Raya

  • Tayar terpakai boleh dikitar semula untuk digunakan dalam pembinaan jalan raya, lantai taman permainan, sebagai bahan api dan pembuatan kasut. Ini kerana elemen utama pembuatan tayar ialah getah.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

6. Tayar Ada Tarikh Lahir

  • Ramai masih tidak sedar tayar kenderaan ada tarikh buatan. Maklumat tersebut tertera dalam bentuk empat digit pada dinding tayar. Contohnya 2616 bermaksud tayar itu dihasilkan minggu ke-26 pada 2016.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

7. Berapakah Tayar Dihasilkan Setiap Hari?
  • Hampir 6.8 juta tayar dikeluarkan setiap hari yang juga jumlah terkumpul seluruh dunia. Permintaan dunia terhadap tayar dijangka meningkat kepada 3.2 bilion unit menjelang 2022. Ini termasuk keperluan pengilang asli (OEM) atau sebagai produk alat ganti.
8. Set Tayar Paling Mahal Dunia
  • Syarikat Z Tyres di Dubai pernah mencipta rekod dunia dengan menghasilkan set tayar termahal dunia yang dijual pada harga AS$600,000 (RM2.47 juta). Rekod itu diiktiraf Guinness World Record pada 2016.
  • Hasil jualan tayar bertatahkan berlian dan emas 24karat itu disalurkan sepenuhnya sebagai sumbangan kepada Yayasan Zenises.
  • Harga set tayar Z Tyres itu memintas rekod harga tayar Michelin Pilot Sport PAX yang digunakan Bugatti Veyron, iaitu AS$42,000 (RM173,310)  setiap set.

BACA >>> Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai

9. Tayar Kulit Kacang Walnut
  • Pengeluar tayar Toyo Tires pernah memperkenalkan siri tayar musim sejuk yang dicampurkan kulit kacang walnut. Fungsinya, menambah traksi untuk pemanduan atas pemukaan jalan berais atau salji.

10. Pengeluar Tayar Terbesar Dunia Ialah…
  • Bukan Michelin, Bridgestone atau GoodYear. Pengeluar terbesar ialah LEGO. Hampir 700 juta tayar dihasilkan LEGO setiap tahun. Syarikat permainan kubikel terkenal itu mula menghasilkan tayar sendiri pada 1962.
  • Sejak itu, LEGO menghasilkan pelbagai saiz tayar untuk kereta mainan kanak-kanak. Pada 2011, pengeluaran tahunan tayar LEGO mencecah 318 juta unit dan angka itu meningkat dua kali ganda dua tahun lalu.

The Guinness World Record for ‘largest tyre manufacturer per annum’ is LEGO, producing 318 million tyres per year. pic.twitter.com/JDWivQM0l6

— Goodyear Middle East (@goodyearmea) October 28, 2014

SUMBER: MotorAuthority | FreedoniaGroup | TyrePress | ToyoTires | BioEnergyConsult|BoostedFilms | Gizmodo | MTFCA | Tyres N Services

Bridgestone Fakta Tayar GoodYear infotainment LEGO Michelin Michelin Pilot Sport PAX Roda tahukah anda Tayar tayar kereta Toyo Tires Z Tyres
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.