• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?

December 18, 2018 By Aryon Leave a Comment

22.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BIASANYA maklumat asas tayar yang biasa ditulis dalam spesifikasi motosikal ialah saiz lebar dan tinggi (tebal), termasuk diameter. Tetapi tidak ramai penunggang yang mampu memahami maklumat dan simbol tayar motosikal mereka sepenuhnya.

Sebenarnya semua maklumat itu penting yang mampu memberikan anda maklumat tentang asal-usul dan kapasiti tayar motosikal anda. Spesifikasi standard disediakan pengeluar asal ialah kapasiti paling tepat yang mengikuti keupayaan jentera anda. Berhati-hatilah jika berniat melakukan sebarang pengubahsuaian spesifikasi tayar.

BACA >>> #Videotomotif: Biar Benar, Tukar Tayar Motosikal Hanya 25 Saat!

Jadi, bagaimanakah membaca maklumat dan simbol pada tayar motosikal?

1 Lebar seksyen nominal, dinyatakan dalam metrik, inci atau alfa (lihat carta saiz di bawah).
2 Nisbah antara tinggi seksyen tayar dan lebar seksyen nominal. Nisbah ini tidak ditunjukkan jika seksyen dinyatakan dalam inci (contoh: 3.50-18).
3 Kod untuk binaan tayar (- = Bias, R = Radial, B = Bias Belted).
4 Saiz diameter rim nominal dalam inci.
5 'Motorcycle' dalam bentuk singkatan. Membezakan tayar motosikal dan rim  yang direka khas untuk model tertentu. Tidak ditunjukkan pada semua model.
6 Menunjukkan kapasiti beban maksimum tayar (paun) pada tekanan tertunjuk @ pressure indicated (psi) (lihat carta indeks beban di bawah).
7 Simbol halaju. Menunjukkan kelajuan tayar. (lihat carta rating halaju di bawah).
8 Tiubles (tubeless - TL) atau jenis bertiub (tubetype - TT).
9 Anak panah menunjukkan arah putaran tayar berdasarkan posisi pasang (depan-belakang), untuk tayar berarah saja.
10 Nombor lapisan (plies) dan material.
11 Singkatan bagi 'US Department of Transportation' - DOT. Menunjukkan tayar mematuhi peraturan US Department of Transportation. Terdiri daripada siri # untuk tayar, manakala 3 dan 4 nombor akhir mewakili tarikh. Contoh: 3805 bermaksud tayar itu dihasilkan pada minggu ke-38 tahun 2005.
12 Indikator haus bunga.
13 Nama jenama dan tanda dagang berdaftar.
14 Jenis paten bunga dan/atau barisan produk.
15 Menunjukkan asal tayar dihasilkan.

BACA >>> 5 Tip Mudah Senggara Motosikal, Nombor 3 Selalu Penunggang Ambil Ringan

AMARAN KESELAMATAN

  • Kekalkan tekanan tayar.
  • Semua tayar sepatutnya hanya dipasang pekerja atau mekanik terlatih.
  • Rujuk penerbitan pengeluar tayar untuk maklumat mengenai penjagaan tayar, keselamatan, penyenggaraan, pemasangan, waranti pengeluar dan maklumat lain daripada brosur dan laman web pengeluar.
  • Kegagalan  mematuhi saranan dan keperluan pengeluar boleh menyebabkan kegagalan tayar yang berisiko mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.
  • Pastikan memilih tayar yang memenuhi keperluan beban dan halaju mengikut kegunaan diperlukan.

SUMBER: JPCycles

22.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Kod Tayar Motosikal, Maklumat Tayar Motosikal, roda2, Simbol Tayar Motosikal, tahukah anda, Tayar, tayar motosikal, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my