Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India
Roda2

Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/02/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Motorcycle India Private Limited (SMIPL) memperkenalkan Suzuki Hayabusa (2018) pada harga ₹13,87,623 (RM84,973). Harga jualan superbike pantas itu masih kekal sama tanpa sebarang kenaikan. Terima kasih kepada pasaran dua roda India begitu besar yang membolehkan model itu dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang Suzuki di Manesar, Gurugram.

Pasaran India menerima tiga pilihan warna: Pearl Mira Red (merah), Pearl Glacier White (putih) dan Glass Sparkle Black (hitam). Selain pilihan warna baru, tiada perubahan mekanikal diperkenalkan. Rekabentuk badan berlekuk menjadi ciri aerodinamik Hayabusa yang membantu jentera itu membelah angin dengan pantas.

BACA >>> MotoGP 2018 Jadi Ilham Skema Warna Baharu Suzuki GSX-R1000

ENJIN 1.3L, 194hp

Hayabusa didatangkan dengan paduan kluster meter analog dan digital bersama padanan tunggangan sporty. Enjin 4-silinder 1340cc DOHC, penyejukan cecair dan suntikan bahan api mampu menawarkan kuasa 194hp dan tork 155Nm.

Hantaran kuasa kepada roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan Sistem Bantuan Klac Suzuki (SCAS). Enjin Hayabusa merangkumi pemetaan tiga kuasa yang boleh dikawal menerusi Pilihan Mod Tunggangan Suzuki.

Pesaing kepada Kawasaki ZX-14R, berharga ₹19.7 (RM116,356) itu, dipasangkan fork terbalik (USD) KYM 43mm boleh laras sepenuhnya di depan dan monoshock di belakang. Kuasa membrek dipertaruhkan pada dua brek cakera 310mm bersama kaliper Monoblok Brembo di depan, dan brek cakera 260mm dengan kaliper tunggal di belakang. Pengendalian turut dimantapkan dengan pilihan tayar Bridgestone BT-015, dibangunkan khusus untuk Hayabusa.

Apakah jentera seberat 266kg itu akan tiba di Malaysia? Rasanya tidak perlu berharap kerana Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) seakan sudah tidak wujud di Malaysia. Sayang sebenarnya teknologi yang ditawarkan Suzuki bukanlah tidak bagus, cuma mungkin kesilapan strategi pemasaran. Kini jenama motosikal yang satu itu di Malaysia memang seperti hidup segan, mati tidak mahu.

Ayuh bangkit semula Suzuki! Kali terakhir SAM melancarkan produk adalah pada Ogos tahun lalu menerusi model skuter maksi, Burgman 400. Hayabusa juga muncul di pasaran tempatan pada 2014 bersama tiga model, iaitu GSX1250FA, the GSX-R1000 dan V-Strom 1000.

SPESIFIKASI
SUZUKI HAYABUSA (2018)

ENJIN: 4-lejang, 4-silinder, penyejukan cecair, DOHC
GEREK x LEJANG: 81.0 mm x 65.0 mm
SESARAN: 1340cc
NISBAH MAMPATAN: 12.5:1
SISTEM MINYAK: Suntikan bahan api
KUASA MAKSIMUM: 194hp @ 9,800rpm
TORK MAKSIMUM: 155Nm @ 10,200rpm
TRANSMISI: 6-kelajuan constant mesh
P x L x T: 2190mm x 735mm x 1165mm
JARAK RODA: 1480mm
JARAK KELEGAAN TANAH: 120mm
BERAT: 266kg
KAPASITI MINYAK: 21 liter
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik
SUSPENSI BELAKANG: Jenis Link (link type)
BREK DEPAN: Cakera berkembar
BREK BELAKANG: Cakera tunggal
TAYAR DEPAN: 120/70ZR1M/C (58W)
TAYAR BELAKANG: 190/50ZR17M/C (73W)

GALERI
Hayabusa Hayabusa 2018 Suzuki Suzuki Assemblers Malaysia Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa (2018) Suzuki India Suzuki Motorcycle India Private Limited (SMIPL)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.