• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MotoGP 2018 Jadi Ilham Skema Warna Baharu Suzuki GSX-R1000

MotoGP 2018 Jadi Ilham Skema Warna Baharu Suzuki GSX-R1000

January 31, 2018 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter


PADA acara pelancaran liveri pasukan MotoGP 2018, Suzuki turut mendedahkan skema warna replika baharu untuk jentera 1000cc keluaran pengeluar motosikal disegani dari Jepun itu.

Didedahkan pada ujian pra-musim MotoGP di Sepang, liveri baharu kali ini masih mengekalkan warna signatur Suzuki, biru dengan teks putih besar. Namun bagi musim 2018, perincian hitam ditambah bagi menggantikan kuning.

BACA >>> Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening

Bukan hanya warna baharu, kedua-dua jentera, GSX-R1000 dan GSX-R1000R turut menampilkan beberapa ciri tekologi termaju. GSX-R1000 misalnya dibekalkan teknologi VVT MotoGP dengan kemampuan menghasilkan tork julat pertengahan dan rendah yang kuat tanpa mengabaikan kuasa puncak. Elemen lain yang diadaptasi GSX-R daripada jentera Moto-GP adalah seperti tren injap finger-follower dan corong ambilan cerobong (stack intake funnel)

suzuki-gsx-r1000-2018-3
suzuki-gsx-rr-motogp-2018
suzuki-gsx-rr-motogp-2018-2

GSX-R1000R pula dinaiktaraf sistem elektronik terdiri daripada 10-tahap, sistem kawalan traksi sensitif sudut miring dan kawalan luncur, termasuk ABS belokan, Quick Shifter dua arah dan bliper automatik. 

Replika motoGP GSX-R1000R itu dijual pada harga £16,099 (RM88,899), manakala GSX-R1000 lebih murah, £13,599 (RM75,069). Dijadualkan di pasaran pada Mac ini yang kebetulan bermula musim baharu MotoGP.

Dalam saingan MotoGP 2018, nama Suzuki kali ini dibawa pelumba Andrea Iannone dari Itali dan Alex Rins (Sepanyol) di bawah nama pasukan Suzuki Ecstar dengan jentera taruhan GSX-RR.

SUZUKI GSX-R1000R

SUMBER: VisorDown

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Alex Rins, Andrea Iannone, MotoGP 2018, motosikal, roda2, superbike, Suzuki, Suzuki Ecstar, Suzuki GSX-R1000, Suzuki GSX-R1000R, Suzuki GSX-RR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my