Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Volvo XC40 Recharge T5 R-Design (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM241k
Roda4

Spesifikasi Volvo XC40 Recharge T5 R-Design (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM241k

Han OthmanBy Han Othman25/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia secara rasmi melancarkan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design (2021) baharu untuk pasaran tempatan, sekali gus menjadi satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia yang menawarkan kereta pemasangan tempatan (CKD) bagi semua barisan model hibrid plug-in (PHEV) jenama itu.

Harga atas jalan tanpa insurans selepas pengecualian cukai jualan (hingga 30 Jun 2021) ialah RM241,997.04 (harga asal RM255,888) dan kini ditayangkan di semua bilik pameran Volvo sah seluruh negara bermula hari ini.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

Berikut perincian lengkap mengenai Volvo XC40 Recharge T5 R-Design (2021):

  • Ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu Blackstone (hitam), Crystal White Pearl (putih), Bursting Blue Metallic (biru), Glacier Silver Metallic (perak) dan Coral Red Metallic (merah).
  • Dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA) Volvo bersama trenkuasa Drive-E serba baharu, iaitu enjin 3-silinder 1.5L pengecas turbo dengan motor elektrik yang dipadankan transmisi automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Tetapan enjin kembar baharu ini memberikan pemanduan lebih mampan dengan kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) cuma 50 gram per kilometer, dan pada masa sama mengekal ciri kemewahan dan prestasi Volvo.
  • Trenkuasa menghasilkan kombinasi output 262hp dan tork 425Nm, manakala tork 160Nm dan kuasa 82hp dijana daripada motor elektrik untuk memberikan pecutan serta-merta.
  • Bersama enjin petrol, SUV ini mampu memecut hingga 100kmj sepantas 7.3 saat dan didatangkan dengan pengehad halaju pada 180kmj.
  • Dihasilkan di Sweden dan dipasangkan di Malaysia serta dilengkapi teknologi keselamatan, konektiviti dan infotainment yang sama seperti terdapat pada model Volvo lain. Juga dihasilkan dengan kepakaran dan kawalan kualiti tinggi Volvo dalam usaha meneruskan komitmen untuk mengutamakan keselamatan buat pelanggan dan memberikan kebebasan untuk memandu secara peribadi, lestari dan selamat.
  • Sesetengah teknologi terdiri daripada ciri keselamatan dan bantuan pemandu seperti sistem Pilot Assist, City Safety, mitigasi dan perlindungan Run-off Road, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan sokongan brek. Semua ciri ini membantu menambah keyakinan pemandu dan meningkatkan keselesaan untuk keseluruhan pemanduan selamat.
  • Didatangkan dengan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan lebih dinamik, iaitu Hybrid, Pure, Off-Road, Power dan Individual.
  • Rekabentuk mirip XC40 lain dengan membawakan kecantikan rekabentuk Skandinavia yang elegan menerusi rekaan berani dan ekspresif dengan menonjolkan hiasan khas trim R-Design.
  • Soket pengecas ditempatkan pada fender depan kiri.

  • Kabin menyediakan ruang simpanan lebih praktikal di bahagian pintu pemandu, termasuk cangkuk boleh tarik untuk menggantung barang pada laci simpanan (glovebox).
  • SUV ini boleh ditempah secara atas talian melalui laman web Volvo Car Malaysia.

Maklumat lanjut boleh layari www.volvocars.com/my atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia dan Instagram volvocarmalaysia.

 

BACA >>>ย 10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu – Harga RM255,888
BACA >>>ย Geely XingYue Lancar di China, Dibina Atas Platform Volvo XC40 dengan Ciri Imbas Wajah

Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) PHEV Roda4 SUV Volvo Car Malaysia Volvo XC40 Recharge T5 R-Design (2021)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia โ€“ 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

13/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.