• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu – Harga RM255,888

10 Fakta Pantas Tentang Volvo XC40 yang Perlu Anda Tahu - Harga RM255,888

October 5, 2018 By AI Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAC lalu, Volvo XC40 dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Eropah 2018 dengan mengalahkan beberapa pesaing lain (hanya menyebut beberapa nama - Kia Stinger, Citroen C3 Aircross, Audi A8 dan BMW 5 Series). Sejak diperkenalkan kepada umum tahun lalu, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu berjaya menambat hati ramai peminat automotif dunia.

Pengiktirafan baharu itu dilihat sebagai pencapaian tambahan dalam senarai anugerah diterima Volvo beberapa bulan ini. Berita baik buat peminat kejuruteraan Scandinavia, peneman kepada model XC90 tersebut akhirnya rasmi berlabuh ke pasaran tempatan.

BACA >>> XC40 Elektrik Jadi Model EV Pertama Volvo, Lancar Tahun Depan

Berikut 10 fakta ringkas Volvo XC40 perlu anda ketahui tentang produk terbaharu Volvo Car Malaysia (VCM) itu:

1. Didatangkan dengan enjin 2.0L Drive E berkuasa 252hp dan tork 350Nm. Atas kertas, model ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 6.4saat dengan kelajuan maksimum 230kmj. Penggunaan bahan api ialah 7.7 liter per 100km. Model hibrid akan diperkenalkan kemudian.

2. Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan transmisi automatik 8-kelajuan Geartronic.

3. Didatangkan dengan dimensi panjang (4, 425mm), lebar (1,873mm), tinggi (1,658mm) dan jarak roda (2,702mm).

4. Dibina berasaskan platform baharu Volvo, Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang juga digunakan pada SUV untuk subjenama Geely, Lynk & Co 01.

5. Dibekalkan teknologi semi autonomi Pilot Assist, City Safety (mengelak dan mitigasi  perlanggaran automatik melibatkan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan saiz besar), Run-Off Road Protection (mitigasi dan perlindungan ketika meredah bentuk permukaan jalan berlekuk), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Brek Automantik (BA) dan lain-lain.

Volvo XC40 Malaysia
6. Mula berada di pusat jualan bermula esok (6 Oktober), XC40 T5 R-Design dijual pada harga RM255,888 (tanpa insurans) dengan pilihan warna: Bursting Blue (biru), Fusion Red (merah), Cyrstal White (putih) dan Osmium Grey (kelabu). Bakal bersaing dengan Audi Q3, BMW X1 dan Mercedes-Benz GLA.

7. Kemasan R-Design terdiri daripada pedal kaki, pelapik kepala hitam, dan kemasan aluminium pintu, roda stereng dan tuil gear. Saiz tayar 235/50R19.

8. Simpanan lebih baik di pintu dengan mengalihkan pembesar suara dari pintu dan meletakkan subwufer pada papan pemuka dengan bukaan ruang udara yang pertama seumpamanya. Volvo mencipta cukup ruang pada pintu untuk pengguna menyimpan komputer riba, peranti tablet, atau beberapa botol air.

9. Dari segi praktikaliti, konsol tengah disediakan dua pemegang cawan, storan syiling, kad, kabel dan pengecas wayarles dan palam USB. Turut ada slot kad kredit dan kad servis pada kotak pemuka @ glove box.

10. Model pemasangan tempatan (CKD) ini didatangkan dengan jaminan 5 tahun.

BACA >>> Volvo Malaysia Tambah Famili XC90, Kini dengan Varian T5

GALERI
Volvo XC40 Malaysia
Volvo XC40 Malaysia

Artikel Berkaitan

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: harga Volvo XC40 malaysia, Roda4, SUV, SUV mewah, top speed volvo xc40 2018, Volvo, Volvo Car Malaysia, Volvo XC40, volvo xc40 2018, volvo xc40 2019, volvo xc40 baru, Volvo XC40 malaysia, Volvo XC40 T5, Volvo XC40 T5 R Design

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my