Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Škoda Vision O, Wagon Elektrik Masa Depan, Penyambung Legasi Wagon Sejak 1960
Auto Terkini

Škoda Vision O, Wagon Elektrik Masa Depan, Penyambung Legasi Wagon Sejak 1960

Abang HirataBy Abang Hirata10/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ŠKODA memiliki sejarah panjang dalam segmen wagon atau estate yang bermula sejak era model Octavia Combi 1960 dan Superb 1934, malah lebih awal dengan L&K 110 serta Škoda 1101 Tudor Station Wagon.

Sejak itu, wagon menjadi sebahagian daripada DNA jenama ini, khususnya di Eropah di mana gaya badan estate sangat digemari kerana praktikaliti dan keluasan ruang simpanan.

Sejak 2016, Škoda mendominasi pasaran wagon Eropah menerusi kejayaan Octavia Estate dan Superb Estate dengan jualan melebihi 3.6 juta unit sejak 1998.

Kini, jenama Czech itu bersedia melangkah ke era elektrifikasi dengan memperkenalkan Škoda Vision O, sebuah konsep wagon elektrik yang membawakan bahasa reka bentuk Modern Solid generasi baharu.

Reka Bentuk Luar: Modern Solid dengan Wajah Tech-loop

Vision O menampilkan bahasa reka bentuk Modern Solid evolusi terkini, dicirikan oleh garisan ringkas dan bentuk tegas. Bahagian depan hadir dengan Tech-loop face mask baharu bersama logo Škoda bercahaya.

Reka bentuk aerodinamik dioptimumkan menggunakan:

  • Liang penyejukan aktif.
  • Saluran udara sisi.
  • Ventilasi bonet.
  • Sirip/ventilasi aktif.
  • Rim aerodinamik khas.
  • pemegang pintu rata/tertanam.

Bumbung panoramik meningkatkan rasa luas, manakala lampu Cyber Lights dan lampu belakang bentuk T memberikan identiti visual moden.

Corak lampu juga berubah ketika memasuki mod pemanduan autonomi, berfungsi sebagai isyarat kepada pengguna jalan lain.

Badan wagon ini berukuran 4,850 mm panjang, 1,900 mm lebar, dan 1,500 mm tinggi. Kemasan cat pula menampilkan kesan warna berubah menggunakan pigmen mica pearl, dari biru ke beige, dipadankan dengan bumbung hitam dan cermin gelap.

Reka Bentuk Dalaman: Dibangunkan dari Perspektif Pelanggan

Vision O adalah kereta konsep pertama Škoda yang dibangunkan dari dalam ke luar,  bermula dengan pengalaman pelanggan sebelum membentuk reka bentuk luar.

Kabinnya ringkas dan minimalis, menekankan praktikaliti serta ruang simpanan lebih 650 liter (1,700 liter dengan kerusi dilipat).

  • Horizon Display selebar 1.2 meter sepanjang papan pemuka, dipadankan skrin tengah menegak.
  • Kawalan tombol haptik
  • Kawalan sentuhan dan suara.
  • Pencahayaan Bio-Adaptive Lighting yang selaras dengan kitaran cahaya semula jadi.
  • Kemasan monokromatik untuk suasana tenang.
  • Kempat duduk taupe gelap dengan rekaan asimetri semula jadi.

Mengikut falsafah Simply Clever, Vision O turut dilengkapi pembesar suara mudah alih Bluetooth, peti sejuk terbina dalam, empat payung, pencuci skrin, ruang simpan kabel pengecas dan tapak pengecas tanpa wayar magnetik.

Teknologi & AI: Autonomi dan Pembantu Maya Laura

Vision O dilengkapi teknologi pemanduan autonomi yang boleh mengendalikan semua tugas pemanduan dalam keadaan tertentu, termasuk ciri keselamatan membawa kereta berhenti di lokasi selamat jika cuaca buruk.

Antara inovasi teknologi lain:

  • Tranquil Mode – mengubah konfigurasi tempat duduk untuk ruang santai dengan muzik, pencahayaan, dan paparan minimum,
  • Laura AI Assistant – bukan sekadar pembantu suara, tetapi boleh merancang laluan, ambil nota mesyuarat, bercerita untuk penumpang, serta mengawal sistem kereta,
  • Vision O App – sebahagian ekosistem mudah alih masa depan, membolehkan fungsi jauh seperti menyiapkan ruang simpan barang (Loading Assistant) atau menukar tahap kegelapan cermin,
  • MyŠkoda App (kemas kini v8.5) – menambah AI route planner berasaskan Google Gemini, termasuk cadangan hentian pengecas, restoran atau pusat membeli-belah.

Kelestarian & Kitaran Bahan: Circular Economy sebagai Asas

Nama Vision O merujuk kepada falsafah kitaran penuh (circularity) iaitu direka, dihasilkan, digunakan,dan dikitar semula secara mampan.

  • PES flatknit 100% kitar semula daripada botol plastik.
  • Ultrasint TPU untuk perehat kepala bercetak 3D, fleksibel dan boleh dikitar.
  • Ultrasuede NU dengan 65% bahan berasaskan tumbuhan.
  • Lantai kulit Nabore yang diperbuat daripada sisa kulit.
  • Penghasilan tanpa sisa melalui penggunaan semula hasil sampingan.

Legasi Wagon: Dari Octavia ke Vision O

Sejak diperkenalkan pada 1959, Octavia telah menjadi model paling laris Škoda, dengan lebih 7.5 juta unit terjual. Versi wagon sahaja mencatat lebih 3 juta unit sejak 1998.

Sementara itu, Superb yang mula diperkenalkan pada 1934 kini menjadi model utama dengan lebih 1.6 juta unit terjual sejak 2001.

Versi wagon yang hadir pada 2008 menambah kejayaan dengan ruang simpanan hingga 690 liter, pilihan pacuan semua rodaserta versi hibrid plug-in dengan jarak sekitar 120 km.

Gabungan kedua-dua model ini menjadikan Škoda peneraju segmen wagon Eropah sejak 2016, dan Vision O bakal meneruskan dominasi ini dalam era elektrik.

ŠKODA Škoda Vision O
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Caj Jalan Genting Highlands Bermula Khamis Ini, Harga Mula Caj RM3.30

    26/05/2026
    Sistem tol MLFF di Lebuhraya Sungai Besi
    Auto Terkini

    Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!

    25/05/2026
    Auto Terkini

    Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

    25/05/2026
    Auto Terkini

    TERKINI! Loke Arah JPJ Buka Semula Sistem Tukar Milik Online Hari Ini Juga!

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.