Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: MIROS Dedah Enam Penyakit Sektor Automotif yang Masih Melarat
Sembang Deras

#SembangDeras: MIROS Dedah Enam Penyakit Sektor Automotif yang Masih Melarat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSTITUT Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan ekosistem sektor automotif Malaysia memerlukan  rawatan kerana diselubungi masalah berlarutan sejak beberapa dekad lalu, termasuk permasalahan baharu.

Perkara itu dikongsi Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB) MIROS, Ts Zulhaidi Mohd Jawi @ Said dalam pembentangannya berjudul Ekosistem Automotif di Putrajaya semalam.

Zulhaidi menyatakan MIROS giat mengasuh industri automotif tempatan dari peringkat permulaan agar produk-produk yang masuk ke pasaran adalah seperti ‘apa kita mahu’. Berikut ialah enam permasalahan yang dikatakan masih berlaku:

1. SKANDAL PENIPUAN, MALAYSIA PUN ADA

Beliau memetik dua contoh yang berlaku di peringkat global dengan impak berskala besar, iaitu isu beg udara Takata dan skandal penipuan emisi dieselgate. Katanya;

“Satu mungkin sebab cuai dan satu lagi sengaja menipu. Ini dibuat syarikat besar. Saya tak nak cerita tentang di Malaysia sebab ada saja cerita lain.”

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta
BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen

2. KERETA BAHARU TAPI BERMASALAH

Beliau turut melihat sudut maklum balas aduan pengguna terhadap ekosistem automotif tempatan dengan mengambil statistik 2015. Sila rujuk jadual di bawah:

Zulhaidi berkata lagi;

Servis jualan dan kerosakan pada kereta baharu. Ini tak syok. Beli kereta… the next day (hari keesokannya) patah sana. Dan kebanyakan kereta baharu, saya tak rujuk brand mana, yang buat (dan) akan lancar dalam masa tiga hingga enam bulan, bekalan rantaian agak terhad dan menyebabkan pembaikan agak lambat walaupun pengeluar itu (jenama) paling top.

“Itu masalah kereta baharu tapi kadang-kadang berlaku juga pada kereta lama. Sudahlah faulty (rosak), apabila buat tuntuan (claim) tersadai lagi dua bulan. Orang (pelanggan) itu mungkin itu saja kereta yang dia ada. Siapa nak ambil tanggungjawab itu? Kalau beri kereta spare (pinjam) tidak mengapalah juga. Ada beri dan ada yang tidak.”

3. KONTROVERSI IKLAN

Salah satu perkara yang ramai pengguna ambil mudah adalah terpedaya dengan iklan mengelirukan. Beliau berkongsi kisah tindakan pengeluar di Malaysia yang menggunakan penarafan negara asing untuk mengiklankan produk tempatan.

Ini kita pernah ambil tindakan dahulu. Dia (pengeluar) ambil rating tempat lain (pengiktirafan negara lain) padahal kereta binaan tempatan (CKD) itu (dihasilkan menggunakan) spesifikasi lain. Kita (MIROS) boleh kawal rating tersebut.”

BACA >>> Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!

4. PENGGUNA NAK KENA TIPU

Zulhaidi menjelaskan;

Saya dengan seorang rakan di JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ada buat kajian. Walhal orang Malaysia ini, dia tahu di pusat servis dia boleh elakkan penipuan.

“(Tetapi) di bengkel-bengkel biasa, dia tahu akan ditipu tapi tetap juga hendak pergi. Itulah peliknya. Mungkin tiada pilihan atau kawalan. Ini kisah di bengkel.”

BACA >>> Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!

5. PUSAT SERVIS TIPU, POMEN TAK AMANAH

Beliau juga memberi contoh lain mengenai kes pelanggan meminta menukar minyak transmisi, tetapi mekanik tidak melakukannya.

Minyak gear box jarang berubah sifat. Apabila mekanik buka dan nampak OK, dia tak tukar pun. Jadi botol (minyak transmisi) tadi itu, keluar ikut ‘pintu lain’.”

BACA >>> Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut ‘Lost Of Use’ 

6. MUSLIHAT GREY IMPORTER

Statistik 2015 juga menunjukkan Malaysia antara negara pengimport kedua kenderaan terpakai dari Jepun selepas Sri Lanka. Perbezaannya, Malaysia mengimport masuk model berstatus mewah, manakala Sri Lanka mungkin mengimport semua jenis model, termasuk varian asas.

Sekarang gelombang Honda StepWGN, Toyota Voxy, dan sebelum ini Toyota Noah. Harga asal RM110,000 sudah jadi RM130,000 hingga RM140,000. Toyota Estima pula sudah dihentikan pengeluaran. Itu kereta rekon.

“Tapi, isunya… sudahlah harga mahal dan ada masalah penipuan seperti kereta kemalangan. A da rating juga dipanggil repot (laporan pemeriksaan), tapi kena tipu juga.”

Seorang sumber industri mendakwa pengimport kenderaan rekon masih gemar mengusik odometer atau meter perbatuan. Kadangkala jarak perbatuan sudah mencecah 300,000km, tetapi diubah suai menjadi 80,000km. Kalau sudah kenal angka, sila hati-hati ya!

BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
BACA >>> Kajian: ‘Pusing Mileage’ Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama

Auto Terkini Honda StepWGN Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Masalah Automotif Malaysia sembang deras Toyota Voxy Zulhaidi Mohd. Jawi @ Said
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.