Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
Auto Terkini

40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia

ShawkathBy Shawkath02/11/20221 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INSTITUT Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia menghasilkan satu program untuk membantu pengguna membuat pilihan kamera pemuka (dashcam) terbaik untuk kenderaan mereka.

Dipanggil CamScore (Dashcam Safety Score Card), program itu membabitkan fasa penilaian awalan dan versi pertama senarai jenama kamera yang dinilai. Ada 40 produk pelbagai jenama kamera dashcam dinilai.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?

Motif program itu adalah untuk membolehkan pengguna mendapat gambaran lebih mendalam tentang kualiti kamera, menjadikan pembelian itu sebagai berbaloi dengan harga dibayar.

Fasa Awalan CamScore

  • Menilai spesifikasi dashcam melalui tiga segmen iaitu:
    • Ciri asas (basic features)
    • Ciri termaju (advanced features)
    • Ciri bantuan pemanduan (Advanced Driving Assistance System – ADAS)

Keputusan pertama CamScore menyenaraikan lima model dashcam yang berjaya mencapai taraf lima bintang iaitu 70mai (tiga model) dan masing-masing satu model dari DDPAI dan Thinkware. Berikut ialah hasil penilaian berdasarkan penarafan bintang:

  • 4 Bintang: 15 model
  • 3 Bintang: 19 model
  • 2 Bintang: 1 model
*TM: Produk Dashcam OEM tetapi tiada tanda dagang

Dua produk 70mai iaitu 70mai A800S dan 70mai Pro Plus+ A500S mencatat skor tertinggi iaitu 4.59 daripada markah keseluruhan 5.00.

Keputusan penilaian CamScore dilancarkan sempena Persidangan Pakar Kenderaan Moden (Modern Vehicle Expert – MOVE) di Putrajaya sebentar tadi.

BACA >>> Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

Pengurus Projek Forensik Kenderaan yang juga Pengarah Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik MIROS, Ts. Zulhaidi Jawi berkata:

“CamScore adalah kesinambungan pelbagai program penarafan yang dibangunkan MIROS termasuk penilaian kenderaan. Setidak-tidaknya kami sudah memberi respons awal kepada luahan pengguna yang tercari-cari panduan memilih dashcam yang sesuai.”

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab pula berkata:

“CyberSecurity Malaysia akan terus komited dalam memastikan perlindungan paling optimum untuk rakyat Malaysia berkenaan keselamatan digital.

“Kerjasama strategik bersama MIROS ini adalah simbolik kepada perubahan semasa di mana janaan data digital telah semakin dominan di arena automotif, berbanding sebelum ini yang tertumpu kepada isu internet, peranti dan perkomputeran.”

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 3 Posisi Terbaik untuk Pasang Kamera @ Dashcam Pada Helmet
BACA >>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!

70mai CamScore (Dashcam Safety Score Card) CyberSecurity Malaysia Dashcam Dashcam Paling Berkualiti Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab DDPAI Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Kamera Papan Pemuka Penarafan Bintang Dashcam Persidangan Pakar Kenderaan Moden (Modern Vehicle Expert - MOVE) Pilihan Dashcam Terbaik 2022 Thinkware Ts. Zulhaidi Jawi
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

11/02/2026
Auto Terkini

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Terima Lebih 800 Tempahan Dalam Seminggu

11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

11/02/2026

1 Comment

  1. Sree on 02/11/2022 13:27

    How about marbella?? Please advise

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.