Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Apa Boleh Kita Belajar daripada Kes Van Putih Langgar Budak Sekolah?
Sembang Deras

#SembangDeras: Apa Boleh Kita Belajar daripada Kes Van Putih Langgar Budak Sekolah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERTANYA juga kenapa arwah melintas depan van? Tetapi apabila melihat arah pemandu van keluar, barulah perasan rupanya video itu songsang (terbalik/mirror). Kanan jadi kiri, kiri jadi kanan. Terpaksa kami terbalikkan untuk fahamkan situasi yang berlaku.

Begini, pintu gelungsur untuk van/bas sekolah biasanya boleh dibuka sebelah saja. Kebiasaannya menyongsang dari pemandu. Disebabkan sistem jalan raya kita jenis belah kanan (right-hand-drive, RHD), maka pintu gelungsur untuk penumpang keluar adalah sebelah kiri.

Ini antara ciri keselamatan yang direka khas untuk pengangkutan jenis van/bas untuk mudahkan pemandu memantau naik-turun penumpang. Misalnya naik bas, kita naik sebelah kiri atau bahu jalan, dan terus nampak pemandukan? Sama juga macam van komersial yang dibuat van/bas sekolah.

Sesetengah jenis van ada pintu gelungsur pada kedua-dua belah pintu, kiri dan kanan. Tetapi kebiasaannya pintu sebelah kanan dikunci untuk keselamatan. Penumpang tetap perlu naik-turun sebelah kiri sahaja.

BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

Sebenarnya ciri tersebut sudah cukup selamat dan efisien dengan mengambil kira kekerapan aktiviti pikap dan menurunkan penumpang. Agak tidak munasabah (dan meletihkan) jika pemandu perlu keluar setiap kali hendak menurunkan penumpang. Lagipun posisi pemandu yang menghadap lalu lintas aktif sebenarnya berbahaya untuk dia.

TAPI ada tapinya…

Dalam kes pemandu van putih di atas (selepas visual diterbalikkan), jelas sekali tindakannya boleh diklasifikasikan sebagai gopoh dan cuai kerana kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku dan dapat dielak. 😔

Laluan asal van putih itu adalah sebaris rumah dengan CCTV yang merakamkan video insiden berkenaan. Namun, disebab pemandu cuai (mungkin mengejar masa, gopoh, kalut), dia bertindak ‘memancung’ terus ke depan rumah taska.

Posisi itu bukan saja menyebabkan penumpang perlu turun arah lalu lintas aktif (bukan bahu jalan), tapi penumpang juga perlu lintas kenderaan kita, seperti apa dilakukan mangsa, dia terpaksa melintas depan van. Si pemandu van pula gopoh hendak bergerak sebab kenderaannya dalam posisi melawan arus. Fahamkan kenapa pemandu van tersebut kelam-kabut semacam.

Jadi kalau kita pemandu van itu, dan tempat hendak menurunkan penumpang di seberang jalan, ada dua saja jalan selamat, iaitu.

  1. Berhenti sebaris rumah dengan CCTV, kita kena turun keluarkan budak dan pimpin mereka melintas jalan ke taska.
  2. Buat pusingan-u (u-turn), dan kali ini pintu penumpang akan betul-betul menghadap depan rumah taska (sama hala dengan Alza putih dalam video). Jadi, murid tidak perlu hendak melintas depan atau belakang van (sebab tiada pintu sebelah kanan boleh dibuka). Pemandu cuma perlu oantau ikut cermin sisi dan tengok mereka masuk ke taska.

Benarlah pesan orang, sesaat tidak sabar, seumur hidup menderita. Tidak sabar menunggu lampu merah seminit, kita mungkin mati dilanggar, ataupun terlanggar orang sampai mati.

Akak pemandu itu mungkin cuma perlu mengambil masa tidak sampai 5 minit pun untuk buat salah satu cara disebut. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Al-Fatihah kepada si kecil kita. 😢

BACA >>> #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga – Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal
BACA >>> Konvoi Motor Rem Ekzos Kena Hamun Akak Kereta Sampai Diam Seribu Bahasa

Auto Terkini Cuai kemalangan sembang deras tular Van Putih Gilis Budak Sekolah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.