Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Selepas Teruk ‘Kena Bahan’, Giliran Shuib Pula Tayang YSuku ‘Power’ dan Sindir Zizan
Autotainment

Selepas Teruk ‘Kena Bahan’, Giliran Shuib Pula Tayang YSuku ‘Power’ dan Sindir Zizan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKARANG memang musim golongan selebriti beli kapcai Yamaha Y15ZR aka YSuku dan saling tayang-menayang dan cabar-mencabar sesama sendiri dalam laman sosial masing-masing.

Paling kecoh dan mendapat perhatian kalangan warga maya ialah YSuku Edisi Siti Sarah yang buatkan muka suaminya, Shuib Sepahtu masam mencuka. Apa tidaknya sekali pandang, kapcai Shuib itu seperti mahu menyertai pertandingan kenderaan berhias sempena Hari Merdeka.

Namun, Shuib tidak mengambil masa lama untuk biarkan hiasan kain dan bunga berwarna warni menyakitkan matanya. Jika kita lihat video terbaharu dimuat naik Shuib dalam laman YouTube miliknya, Shuib Channel, dia masih mengekalkan sentuhan feminin, tetapi dipadukan dengan aksesori dan komponen yang bukan calang-calang.

BACA >>> Inilah Yamaha Y15ZR Edisi Siti Sarah yang Buatkan Shuib Tak Jadi Nak Senyum

Seragam asal berwarna kuning digantikan dengan coverset MX King putih dengan grafik strip biru. Rupa depan juga dimekap dengan grafik bunga mawar, yang turut disematkan pada fairing sisi. Atas pelana tertulis perkataan King Drag berwarna putih.

Selepas Zizan menyamakan kapcainya itu dengan kura-kura, Shuib menggunakan beberapa komponen kelas atasan. Antaranya, brek Brembo kuning 4-pot di depan dan belakang untuk mendapatkan ekstra cengkaman ketika membrek.

Tidak ketinggalan, master brek menggunakan Brembo RCS Corsa Corta, manakala kemantapan tunggangan diserahkan kepada suspensi monoshock Öhlins dan swingarm Lativo dan braket titanium. Bunyi nyaring diledakkan ekzos titanium King Drag.

Sebelum mengubah penampilan standard YSuku miliknya itu, Shuib terlebih dulu melakukan ujian Dyno enjin bagi mendapatkan kuasa tambahan, dan akhir sekali ialah rim sport FG510 kebiruan menjadi pilihan supaya sepadan dengan warna seragam baharu.

BACA >>> Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)

Pasal harga, janganlah ditanya kerana Shuib tentunya sudah berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan hasil seperti itu, lebih-lebih lagi dengan pilihan aksesori berjenama yang pastinya tidak murah!

Aksi Shuib dan YSuku-nya yang sudah siap dibikin.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on Aug 7, 2019 at 5:18pm PDT

Cuba dengar letupan ekzos King Drag YSuku Shuib

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on Jul 9, 2019 at 2:09am PDT

GALERI

Sekarang giliran Shuib pula bakar line Zizan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2019/08/Yamaha-Y15ZR-Shuib-1.mp4

SUMBER: ShuibChannel

2019 Yamaha Y15ZR V2 bikinmotor Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Kapcai kustom Modifikasi Moped motor y suku 2019 roda2 y suku Y15ZR Shuib Sepahtu Yamaha Yamaha MX King Yamaha Y15ZR YSuku
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.