Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)
Autotainment

Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK kebelakangan ini ramai juga selebriti tempatan saling ‘membahan’ satu sama lain dalam laman Instagram masing-masng pasal kapcai Yamaha Y15ZR aka YSuku.

Bukan saja orang kebanyakan, populariti Y15ZR turut menjadi fenomena dalam kalangan selebriti walaupun bukan model itu saja yang ditawarkan di pasaran.

Antara artis yang memuat naik status di media sosial sebagai pemilik Y15ZR ialah Zizan Razak, Shuib Sepahtu, Izzue Islam, Jep Sepahtu dan Achey Bocey. Boleh dikatakan sekarang ialah musim selebriti buat promosi percuma untuk Y15ZR dan yang paling beruntung sudah tentu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

BACA >>> Peminat Yamaha Kecam Harga Y15ZR V2 Mahal di Kedai, Rasa Tidak Dihargai

Namun, siapa sangka dalam diam ada orang yang terkesan atau berkecil hati dengan apa yang berlaku.

Salah seorang pemilik Honda RS150R aka RS, Hans Capello memuat naik status di atas di laman HONDA RS150R MALAYSIA COMMUNITY (OFFICIAL). Status yang mendapat lebih 1,000 ‘Like’ dan lebih 700 komen itu menerima pelbagai respons daripada pemilik RS sendiri.

Ada kalangan ahli komuniti memberi kata-kata perangsang dengan mengatakan jika ramai artis memilih RS150R, kapcai itu mungkin melonjak naik. Ada juga memujuk memberitahu RS ialah kapcai untuk mereka yang mahukan kelajuan, manakala YSuku untuk mereka yang sukakan kecantikan.

BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang dan Sporty – Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!

Betul ke? 🤭🤭

Mungkin benar juga apa yang dikatakan kerana RS menawarkan transmisi 6-kelajuan berbanding pesaingnya, 5-kelajuan. Cuma rupa paras saja yang buatkan ramai peminat kapcai ‘turn off‘ dan memilih Y15ZR yang lebih kacak walaupun tauke-tauke kedai menawarkan harga Tel-Aviv.

Sebenarnya, ada saja selebriti yang menunggang RS, cuma mereka memilih untuk lebih low profile. Antaranya Fizo Omar dan Faizal Hussein.

BACA >>> Inilah Yamaha Y15ZR Edisi Siti Sarah yang Buatkan Shuib Tak Jadi Nak Senyum

Kepada pemilik RS, janganlah bersedih kerana apa saja trend sentiasa ada musimnya. Lama-lama nanti redalah. Jom kita baca sikit beberapa komen pemilik RS150R.

 

2019 Yamaha Y15ZR V2 Auto Terkini autotainment Honda Honda RS150R king moped roda2 Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.