Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SDM Lancar MPV Elektrik BYD M6 2025 dalam Dua Varian, Harga Mula RM109k!
Roda4

SDM Lancar MPV Elektrik BYD M6 2025 dalam Dua Varian, Harga Mula RM109k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Motors (SDM) memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik penuh 7-kerusi BYD M6 2025 ke pasaran tempatan.

BYD M6 2025 didatangkan dalam dua varian pilihan: Standard dan Extended yang masing-masing ditawarkan pada harga RM109,800 dan RM123,800, tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.

Seramai 300 pembeli pertama BYD M6 Extended akan menerima alat pengecas kediaman (wallbox) secara percuma, manakala 100 individu yang membuat tempahan di Dataran Karnival Shah Alam akan menerima kredit pengecasan Gentari bernilai RM800.

ADA DUA VARIAN

1. Standard
  • Motor tunggal dengan pacuan roda depan (FWD).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 10.1 saat.
  • Jarak pemanduan maksimum 420km, mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Output kuasa 120kW (160hp) dan tork 310Nm.
  • Kapasiti bateri 55.4kW, dan menyokong pengecasan pantas (DC) 89kW.
  • Berat kasar 2,374kg.
2. Extended
  • Motor tunggal dengan pacuan roda depan (FWD).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.6 saat.
  • Jarak pemanduan maksimum 530km (mengikut NEDC).
  • Output kuasa 150kW (201hp), dan tork 310Nm.
  • Kapasiti bateri 71.8kW, dan menyokong pengecasan pantas (DC) 115kW.
  • Berat 2,489kg.

CIRI

  • Ada empat warna pilihan: Crystal White (putih), Ink Stone Blue (biru), Cosmos Black (hitam) dan Harbour Grey (kelabu).
  • Unit infotainmen 12.8 inci boleh putar dengan sistem operasi BYD Di-Link, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada ciri mengecas barangan elektrik V2L (Vehicle to Load).
  • Kapasiti but 180 liter, dan boleh diperluas hingga 580 liter dengan merebahkan tempat duduk barisan kedua.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 225/55.
  • Menyokong penggunaan kad kunci NFC yang boleh disimpan dalam telefon pintar.

WARANTI

  • Waranti kenderaan enam tahun atau jarak perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu).
  • Waranti kesihatan bateri SOH (state of health) untuk 70 peratus  selaman lapan tahun atau 160,000km.
  • Waranti unit motor lapan tahun atau 150,000km.

CIRI KESELAMATAN

BYD M6 2025 dilenngkapi dengan ciri keselamatan standard seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • PAutan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang (FCA & RCA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Keluar Lorong (LDW)
  • 6 beg udara
Extended
Standard
BYD M6 BYD Malaysia kenderaan elektrik pelbagai guna (MPEV) Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) MPV Elektrik Roda4 Sime Darby Motors (SDM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.