Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi: “Berita Tu Tipu, Tapi 99% Aku Akan Masuk Petronas”
Auto Terkini

Rossi: “Berita Tu Tipu, Tapi 99% Aku Akan Masuk Petronas”

AryonBy Aryon17/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VALENTINO Rossi menafikan semua laporan yang mendakwa beliau sudah rasmi menandatangani kontrak sebagai pelumba Petronas Yamaha untuk saingan Kejuaraan MotoGP 2021, tetapi pada masa sama mengesahkan rundingan itu kini 99 peratus terlaksana.

BACA >>> Razlan Nafi Rossi ke Petronas, Masih Runding Sebab Dia Bukan Biasa-Biasa

Pelumba Itali itu, yang tahun ini menginjak usia 41 tahun, berkata;

Berita pasal aku sign kontrak tu tak betui. Palsu belaka, tapi kami memang dah dekat nak jadi. Aku memang nak sambung musim depan. Aku dah cakap dengan Yamaha, terutama sekali Razlan, Zeelenberg dan Stiggy daripada Petronas, dan aku ada feeling yang baguih.

“Kami ada beberapa perincian kena settle, terutama pasukan, orang yang akan kerja untuk aku. Tapi 99 peratus aku akan race dengan Petronas pada 2021. Walaupun aku tak sign lagi.”

Rossi berkata demikian pada sesi ujian rasmi di Jerez, yang juga kali pertama beliau bersama jentera MotoGP sejak kali terakhir menunggangnya pada Februari lalu di Qatar. Ini juga cuti paling panjang pernah beliau lalui sejak menyertai kejuaraan dunia pada 1996.

Menarik juga sebab tak pernah berlaku dalam hidup aku nak berhenti lama macam ni yang aku tak ride motor, dan takdak race langsung.

“Mula-mula rasa boring sikit, tapi lepas tinggal kat rumah dengan kawan, famili dan marka, makin hari makin baik! Aku rasa baguih dok ada!”

Malah, rehat panjang akibat krisis Covid-19 turut memberi masa buat juara dunia sembilan kali itu untuk memikirkan masa depannya dalam kancah perlumbaan profesional.

Ini la masa penting untuk aku pikiaq masa depan sebab aku tau kalau aku nak sambung, aku kena buat usaha besaq untuk bersedia tahun depan. Akhirnya aku putuskan aku nak pi sana.

“Jadi, kalau pun aku tak ride, ini juga masa yang baguih untuk pikiaq dan faham banyak pasal masa depan hidup aku. Aku tau payah, tapi aku nak cuba juga tahun depan bak hang.”

Ini bermakna Rossi akan berlumba bersama protegenya, Franco Morbidelli musim dengan selepas rookie Fabio Quartararo direkrut naik ke pasukan pengilang Yamaha sebagai sekutu Maverick Vinales.

Vinales dan Quartararo menjadi pelumba pertama dan kedua pada akhir ujian semalam, manakala Rossi ketiga (+0281s), dan ke-16 (+1.5s) untuk dua sesi ujian.

BACA >>> Pernat: Rossi Takkan Umum Apa-Apa di Jerez, Kena Tunggu Berlumba Dulu
BACA >>> Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat

Auto Terkini franco morbidelli Jerez MotoGP 2020 MotoGP 2021 Movistar Yamaha MotoGP Petronas Yamaha SRT Razlan Razali roda2 sukan permotoran Valentino Rossi Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.